Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semulajadi

ALAMAAKKK, JERAWATTTTTT ( iklan oxy ) hahaha

setiap kali ada jerawat, mesti buat cmni depan cermin kan hehek

Macam yg kita tahu, jerawat adalah bintik bintik yg menggangu kulit kita disebabkan oleh minyak dan sel kulit mati menyumbat pori-pori. Lain orang, lain masalah jerawat yg dihadapi. Ada yg takde masalah jerawat langsung, ada yang jerawat dye cuma satu dua je, ada yg penuh satu muka, ada yang jerawat smpai bernanah, dan macam2 lagi lah.

Jerawat boleh muncul kat macam2 tempat taw, kat muka, leher, dada, belakang badan, dan pergelangan tangan bahagian atas. Tapi, kalau ada tempat lain yg dia muncul jugak, boleh la bagithu ye.

Tapi, jangan risau, sebab setiap sesuatu masalah tu, pasti ada jalan penyelesaian dye. Okeh, kte teruskan. Ada banyak cara yg kita boleh guna, sila silah pilih mengikut bahan yg mudah digunakan oleh anda ;)

JOM ! HILANGKAN JERAWAT 。◕‿◕。

1. Bawang putih


Sebenarnya, cara ni agak pedih, tapi terbukti dapat merawat jerawat sebab bawang putih merupakan antiseptik, antioksidan, dan antivirus yang sangat bermanfaat untuk merawat kulit wajah berjerawat.

Cara penggunaan :

1. Makan satu atau lebih bawang putih setiap hari

ATAU

1. Ambil seulas atau lebih bawang putih ( mengikut keadaan muka anda ).
2. Potong bawang tu kecik2.
3. Gosokkan bawang tu pada jerawat anda, dan biarkan selama 5-10 minit.

# untuk kesan yg lebih efektik, setiap satu potongan bawang tu, cuma untuk satu jerawat je. Jangan dah guna bawang ni letak kat jerawat kiri, nanti jerawat kanan letak bawang yg sama lagi. hehe

# cara ni agak pedih, dan ada yang dapat kesan negatif, jadi mungkin tak digalakkan

2. Tomato


Seperti yg kita tahu, tomato kaya dengan vitamin A dan vitamin C, sebab tu dia sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Selain jerawat, tomato boleh digunakan untuk merawat masalah bintik bintik hitam, dan pori yang terbuka.

Cara penggunaan :

1. Makan buah tomato setiap hari taw, yang penting bhgian lembik lembik dye kat tengah tengah tu . sangat berkhasiat. Jangan lupa makan .

ATAU

1. Potong buah tomato menjadi hirisan hirisan nipis.
2. Lumur / gosok tomato pada permukaan muka ATAU tutup jerawat dengan hirisan tomato tu.
3. Biarkan sehingga 10-15 minit.

# Boleh buat seminggu, 2 3 kali. Jangan buat selalu kerana dikatakan boleh menyebabkan kulit muka lebih kering. Tapi kalau makan, boleh setiap hari hehe.

3. Betik
Selain jerawat, betik ( papaya ) ni boleh digunakan untuk merawat bintik2 hitam, dan kesan parut jerawat.

Cara penggunaan :

1. Potong betik ni halus-halus.
2. Tumbuk potongan betik yang halus tu.
3. Lumurkan betik yang telah ditumbuk tu ke seluruh wajah ( buat macam mask muka )
4. Biarkan 10-15 minit.

4. Lemon

Lemon adalah buah yang mengandungi vitamin C yang sangat tinggi. Tapi perlu pastikan anda guna buah lemon yg masih segar ye.

Cara menggunakannya :

1. Perah air lemon ke dalam bekas yang bersih.
2. Ratakan semua air lemon tu kat muka anda.
3. Ambik kapas yg bersih, dan lap air lemon pada muka anda.
4. Basuh dengan air bersih

# Buat pada waktu malam, sebab dikatakan air lemon ni sangat sensitif kalau kene cahaya matahari.
# Tidak digalakkan menggunakan cara ini pada yang berkulit sensitif.

5. Madu
Madu memiliki khasiat dan manfaat yang sangat besar, dan memang tak dapat dinafikan. Selain untuk merawat masalah jerawat, madu juga ialah pelembab yang paling efektif untuk wajah kita.

Cara penggunaan :

1. Ambil satu sudu besar madu.
2. Ratakan pada keseluruhan wajah / tempat yang berjerawat.
3. Biarkan selama 20-25 minit.

# cara ni memang best, memang lembab je muka, best.
# digalakkan oles pada bibir untuk melembabkan bibir dan memerahkan bibir.

6. Putih telur

Putih telur dikatakan mempunyai protein yang tinggi, yang dpt mnyembuhkan luka jerawat dlm waktu yang cepat. Anda digalakkan menggunakan telur ayam kampung.

Cara penggunaan :

1. Asingkan putih telur daripada kuning telur ke dalam bekas yang bersih.
2. Sapu ke seluruh wajah.
3. Biarkan selama 15 minit.

7. Timun
Haa, yang ni memang tak asing dah. Sebab timun memang popular digunakan untuk merawat wajah.

Cara penggunaan :

1. Potong timun menjadi hirisan kecil.
2. Blend sampai hancur.
3. Sapu pada seluruh wajah.
4. Biarkan selama 30 minit.

# Secara tak langsung, kulit akan lebih muda

8. Ais batu
Ais membantu untuk mengecilkan pori muka, membunuh bakteria penyebab jerawat, menghilangkan kotoran pada kulit, dan menghilangkan minyak yang berlebihan.

Cara penggunaan :

1. Bungkus ais dengan menggunakan tuala yang bersih.
2. Tekupkan pada kawasan yang berjerawat.
3. Tahankan beberapa minit dan lepaskan bila dah tak tahan sejuk.
4. Ulang cara tersebut di kawasan berjerawat lain, dan ulang di tempat yang sama sehingga 10 - 20 kali

9. Lidah buaya
Haa, ni bukan je untuk jerawat, untuk rambut pun boleh taw.

Cara penggunaan :

1. Ambik daun lidah buaya, potong kepada beberapa bahagian.
2. Kupas kulit luar dia.
3. Tampal / tempekkan pada jerawat anda.

==========
TIPS MENGGUNAKAN CARA CARA DI ATAS :

  • Gunakan bahan yang segar dan bersih
  • Buat secara BERTERUSAN
  • Kalau ada kesan yang kurang baik pada wajah, lebih baik dihentikan, dan cuba cara lain pulak ( lain orang, lain kesannya )

Pilih lah mana mana cara yang anda mudah untuk gunakan, tapi ingat, buatlah secara BERTERUSAN. Jangan buat sekali, terus mengharapkan kesan dia. Artikel ini khas untuk anda yang mahu menyembuhkan jerawat, tanpa perlu mengeluarkan kos. Tapi, seandainya anda berminat untuk membeli set jerawat yang semulajadi, yakni tidak mempunyai bahan kimia daripada saya, tekan SINI.

Dan ingat, di samping gunakan cara yang saya sdiakan di atas, jangan lupa TIPS PENTING ini :

  • Amalkan gaya hidup sihat.
  • Jaga kebersihan sarung bantal dan tilam ( selalu basuh dan tukar sarung ye )
  • Cuci wajah sebelum tidur dengan bersih
  • Banyakkan minur air putih
  • JANGAN sentuh jerawat dengan jari ( jari, kuku, kita ada banyak kuman dan bakteria )
==========

Okay, sampai sini je perkongsian fiqa hari ini. Harap membantu anda.

Jemput follow fiqa ye untuk lebih banyak tips yang menarik.
Sekian.

SELAMAT TINGGAL JERAWAT 。◕‿◕。