Jangan Berhenti Berusaha

SAPA KITA NAK BERHENTI BERHARAP PADA ALLAH ?
Bismillah.
.
Minggu depan dah nak raya. Kita punya excited nak raya, tapi kita sndiri pun tak tahu sama ada kita akan diberi kesempatan untuk jumpa 'raya' pada tahun ini atau tak.
.
Apa2 pun, bulan Ramadhan dah nak pergi. Kejap je rasa. Tambah2 lah amal ibadat, ini bulan mulia, pintu syurga terbuka luas. Doa banyak2, in syaa Allah, Dia makbulkan, dengan syarat, berdoalah dengan sesungguh hati dan penuh pengharapan.
.
Ok, sebenarnya lain kisah yg fieqa nak ceritakan. Tapi intro dye, pheww. Hehe. Saje je sbenarnya, peringatan untuk diri sendiri sbenarnya tu :')
.
Memandangkn minggu depan nak raya dah, budak2 asrama pun dah stat balik rumah masing2. Termasuklah satu-satunya adik laki fieqa yg skrg berada di sek menengah.
.
Yang lagi menarik, selain aktiviti ambik dia pagi tadi, ada lagi stu aktiviti, iaitu MENGAMBIL KAD LAPORAN. haha
.
So far, alhamdulillah untuk result dia. Tahniah. Ada 2 gagal. Tapi, kenapa fieqa ckp 'alhamdulillah' dan 'tahniah' ?
.
Fieqa pun pernah jadi seorang pelajar. Kdg2, kita dah usaha, tapi exam, masuk lain apa yg kita stdy, kalau masuk pun, dia mcm ni, "Ehh, aku baru baca hari tu. Alaaa, tak ingat." "Ehh, aku ingat cikgu ajar ni hari tu, tapi tapiiii" Hiks. Ye, fieqa faham.
.
Sebenarnya, kenapa semua ni jadi ? Ada hikmahnya. Fieqa ingt lagi time kt mtrik dulu, fieqa ada ambik biologi. Tup2, sem 1, result exam tengah sem dapat C untuk biologi. Fieqa stress, padahal dh stdy gila2. Tapi fieqa tak jadikn stress sbgi alasan untuk nangis, tgk result tu tiap masa smbil mngalir air mata. Fieqa bertenang, muhasabah, dan teruskn usaha. Dan untuk result akhir, alhamdulillah, fieqa dpt B+.
.
Sem 2 ? huhu, biologi dpt B untuk tengah sem, pdahal stdy biasa. So fieqa pun bertenang sepanjang sem, dan akhirnya sem akhir, alhamdulillah, dapat D. Kahkah.
.
Fieqa kcewa, tapi tak nangis. Sbb kat situ, fieqa dh nmpk. Dah nampak 'ujian' tu. Klu kita ambik hikmah, kgagalan kita tgh2 tu sebab Dia tak nak kita lalai, leka, riak, sombong. Nampak tak mcm mana waktu fieqa sem 2 ? Rupa-rupanya, kejayaan ni jugak adalah satu 'ujian'
.
Fieqa kcewa, tapi bersyukur, sebab Allah sedarkan awal2. Alhamdulillah :')
.
Sekarang, fieqa kt universiti, dan Alhamdulillah so far result okay. Fieqa tak nk jadikn 'masa lampau' tu berulang kali. Wlau shebat mana carry mark kt universiti, STRUGGLE jugak untuk final, sebab mana tahu, carry mark yg tinggi tu jugak adalah satu 'ujian'
.
Itulah yg fieqa nk pupuk dlm diri adik2 fieqa. JANGAN BERHENTI BERUSAHA. Biar gagal, dlm keadaan kita DAH BERUSAHA. Kalau bukan rzeki kita, kita gagal, ye, kita boleh bersedih, tapi JANGAN BERSEDIH MELULU. Nangis hari2. hari2 ckp 'aku gagal, aku gagal'
.
BERHENTI
.
Teruskan melangkah. Teruskan berusaha. Doa banyak2. Allah sentiasa membantu hamba-Nya. Sape kita ni sampai nak berhenti mengharap pada Dia ?
.
Allah Maha Besar. Percaya pada Dia
.
Buat sahabat di luar sana, pesanan fieqa, JANGAN BERHENTI. Tak kisah lah, anda berbisnes ke, stdy ke, kerja ke, apa pun JANGAN BERHENTI. Percaya lah, anda tak akan menyesal dengan keptusan JANGAN BERHENTI itu 
.
Jaga hubungan dengan Allah, Dia akan menjaga anda dalam setiap perkara
.
Terima kasih
[ceqfieqa]