Menghilangkan Alahan Mengandung

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, fiqa bakal dapat sepupu baru.
Mak sedara tanya, mcam mana nak hilangkan alahan ? Ok, alang2 tu, fiqa nak share dengan semua.

========


Wanita hamil biasanya mengalami alahan dalam trimester pertama dan sering dikaitkan dengan muntah, pening kepala, loya, mual dan perut berasa sebu serta tidak selesa. Keadaan ini berlaku terutamanya ketika bangun tidur dimana seseorang wanita itu mungkin berasa pening, mual dan loya. Namun ada juga wanita yang mengalami gejala ini sepanjang hari.

Alahan ketika mengandung ini membuatkan ramai wanita terpaksa menukar perancangan harian supaya masalah itu tidak menjejaskan rutin atau tugasan mereka. Keadaan alahan setiap wanita tidak sama kerana ada yang diduga dengan alahan teruk sehingga terpaksa mengambil cuti dan berehat secukupnya.

Punca utama alahan ketika hamil adalah disebabkan oleh kehadiran hormon hCG, dirembeskan dalam kuantiti yang banyak ketika di awal kehamilan.

================================
CARA HILANGKAN ALAHAN
================================


- Apabila bangun tidur pada waktu pagi, bangun secara perlahan-lahan, makan sedikit biskut biskut dan rehat 10-15 minit kemudian barulah bangun.
- Makan sedikit tetapi kerap supaya perut tidak kosong. Contohnya, makan sedikit setiap 2 jam walaupun tidak lapar. Jika boleh elakkan mengambil makanan pedas, berlemak atau bergoreng.
- Jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas.
- Petua menghidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Makan makanan yang boleh mencegah muntah dan loya seperti buah avocado, protein, keju, susu, yogurt, mentega, kacang di sapu pada cracker dan roti, dan lain2.
- Minum air masak banyak untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
- Pastikan waktu rehat yang cukup kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain (jika ada). pastikan peruntukkan masa untuk berehat.
- Elakkan berada di tempat panas dan sesak kerana alahan akan bertambah teruk. Ini kerana perubahan hormone ibu hamil menyebabkan badan berasa panas dan boleh menyebabkan perut anda mual.
- Bergerak dengan perlahan dan dapatkan sokongan daripada individu yang rapat antaranya suami, ibu bapa ataupun rakan.
- Cuba menarik nafas dengan panjang.

================================
KENAPA ALAHAN TERJADI ?
================================

Perubatan Moden
Punca berlakunya tidak jelas. Namun di percayai masalah ini ada kaitan dengan perubahan hormon dan kekurangan sesetengah nutrien dalam badan. 

Lazimnya berlaku pada trimester pertama, di mana pembentukkan organ bayi sedang berlaku dengan pesatnya.

Perubatan Tradisional
Deria rangsang ialah istilah yang di gunakan dalam perubatan tradisional yang merujuk kepada hormon dan sistem endokrin.

Apabila deria ini tidak seimbang dan mengakibatkan lebiha asid di dalam perut, ini akan mendorong ibu hamil jadi pedih hulu hati. 

Kesannya ibu hamil hilang selera makan, menyebabkan angin berasid berkumpul dan mengakibatkan kembung. Jika berlanjutan, tidak mustahil akan merasa loya dan muntah.

===========================
SET ALAHAN SHAKLEE
===========================




PEPPERMINT-GINGER PLUS ( 90 tablets )

  • Tidak menggangu bayi kerani diperbuat dari bahan semulajadi
  • Direka khas oleh pakar untuk mengurangkan "morning sickness" 
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut
  • Pudina membantu menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut


B-Complex ( 120 tablets )
  • Kajian menunjukkan 1/3 wanita yg mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah 'morning sickness'
  • Pyridoxine adalah salah satu komponen dalam vitamin B iaitu B6
  • Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika mengambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3), dan Cobalamin (B12).


Chewable Vita-C Plus ( 90 tablets )

  • Rasa yang masam-masam ini dapat hilangkan pahit dekat mulut anda
  • Ia juga alternatif lain untuk mengelakkan makan jeruk ketika hamil 

ESP ( 850 gram )

  • Ibu mengandung sangat digalakkan mengambil esp
  • Bila takde selera, bancuh segelas ESP, in syaa Allah akan dapat hidangan berkhasiat yang bertenaga

========
Semoga entry ini bermanfaat buat semua ye. Semoga selamat melahirkan generasi yang akan membangunkan agama dan negara. In syaa Allah :)

Berminat membeli set Shaklee untuk atasi alahan ? Ada sebarang soalan ?

Hubungi fiqa SEKARANG !

0105734036

Whatsapp / Message / Telegram