Tak Sia-Sia Try Guna Nutriwhite

Bismillah.

Assalamualaikum semua, memandangkan dah beberapa hari tak berblog, hari ni fiqa rasa nak berblog. Fiqa nak cerita pasal pembersih muka Shaklee, iaitu Pembersih Muka Nutriwhite Shaklee.

Macam yang korang tahu, fiqa ni ahli dan penjual produk Shaklee. Fiqa jadi ahli shaklee, sebab fiqa yakin pada keluaran shaklee yang mana selamat, semulajadi, dan berkesan. Jadi, bukan je fiqa makan suppliment shaklee je taw, tapi pembersih muka pun guna shaklee jugak.


Haa, ni la sebabnya kenapa fiqa tak nak guna produk yg kat luar tu. Konon2 nak bersihkan muka, tapi rupanya kita tempek 'bahan kimia' kat muka kita. Scaryyy.
.
Fiqa beli nutriwhite waktu fiqa kat universiti, dan fiqa memang berpuas hati dengan nutriwhite. Satu hari tu, fiqa balik cuti, bawak lah nutriwhite balik rumah.

Tup tup, masa berlalu, cuti pun habis, dan fiqa kene balik universiti. Fiqa tengok, pmbersih muka fiqa tu, ada lagi sikit je.

Jadi fiqa buat keputusan, fiqa beli pmbersih muka shaklee yang baru. Fiqa beli yang enfuselle shaklee untuk kulit kering ( saje nak try yg ni, sebab kulit fiqa memang jenis kulit kering ) hehe.

Dijadikan cerita, pmbersih muka nutriwhite tu fiqa tinggalkan kat rumah, sbb malas nak tambahkan barang, lagipun kan dah ada yang baru, haha.
.
Bulan berganti bulan, fiqa balik cuti, tiba2 kakak fiqa tanya, "Angah, harga pmbersih muka nutriwhite tu berapa." fiqa mcm terkejut lah jugak. Lepas bagi tahu harga, fiqa tanya, "Kenapa ? Nak beli ke ?"

Dia kata, "A'ah, sebab hari tu hang tinggalkan kat dalam bilik air tu, aku saje try guna, aku tengok berkurang bintik bintik kat muka aku."  "Lepas tu, aku balik uitm ( kakak fiqa belaja kat uitm ) aku pakai pmbersih muka yang lama, tiba tiba bintik bintik tu naik balik"

Terdiam gak lah fiqa, hehe. Tak pernah fiqa nak try promote kat kakak, tapi tak sangka, dengan "saje-saje try" nak guna tu, terus kakak fiqa jadi pembeli nutriwhite. Haha.

Sambung cerita, kan kakak fiqa kata bintik2 dia naik balik lepas guna pembersih muka yang lama, tapi sekarang, bintik bintik dah berkurang sejak menggunakan nutriwhite balik. Hari tu ada tangkap gambar nk buat testimoni, tapi kat henset dia gmbar tu.

Nanti fiqa update ye gambar testimoni tu. Kalau ada apa apa, terus HUBUNGI fiqa :)

***Update : Gambar tu kakak fiqa terdelete waktu tengah clear gallery. hmm, sedih. Tapi takpe lah, sebab baru baru ni dia ada try vitamin E Shaklee, nanti fiqa tunjuk testimoni tu ye, in syaa Allah ;)

0105734036

Whatsapp / Message / Telegram