Penting ke Detox ?

Bismillah.



Untuk bulan ogos ni, fiqa nak khususkan tentang DETOX. Sebenarnya, upline fiqa yang sedarkan fiqa untuk cakap pasal detox ni.

Upline fiqa cakap, kita kene sedarkan semua orang pasal kesihatan ni, sebab apa ? Kita buat kerja ni untuk sape ? Jawapannya, kita buat kerja ni untuk ALLAH. Sebabnya, kita nak educate orang ramai unuk back to ftrah. Kita nak bagi kesedaran dan bantu orang ramai untuk lebih sihat.

Kene jaga makan, makan makanan yang toyyiban. Kenapa ? Sebab, kalau orang ISLAM sakit, terlantar, sape yang nak berjihad ? Sape yang nak join imam mahdi untuk berjuang ? Korang yang tengah baca ni pun mesti nak berjuang sekali kan ? Satu hari nanti, waktu imam mahdi keluar nak pergi sertai nabi isa, mana orang orang Islam yang sihat ?

Korang bayangkan, satu hari nanti, kalau jadi apa apa kat dunia ni, elektrik takde, golongan pertama yang akan lenyap adalah golongan yang bergantung kepada ubat ubat yang perlu suhu sejuk. Dah kalau ubat tu kene letak pada suhu sejuk, elektrik takde, jadi panas, tak ke rosak ubat tu. Orang orang yg bergantung pada ubat ubat ni pulak, akan bertambah masalah kesihatan depe.

Dan persoalannya, ubat apa yg bergantung pada suhu sejuk tu ?

Jawapannya, INSULIN. Insulin yang masih dalam bungkusan tertutup, kene simpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8 darjah celcius. Insulin yang sedang digunakan pulak, boleh disimpan pada suhu bilik sejuk kurang lebih 25 darjah celcius. Kalau sebut pasal insulin, kita pasti akan teringat tentang pesakit kencing manis kan.

Memang bukan kita yang minta untuk sakit, dan kalau redha dengan sakit ni pun in syaa Allah dihapuskan dosa dan dinaikkan darjat. Tapi, dalam masa yang sama, bukan ke kita ada pilihan untuk berikhtiar bagi sembuhkan sakit kita ni ?

Kita kene jaga kesihatan kita, tapi ingat, kita kene jaga kesihatan kita bukan sebab tak nak sakit je, tapi untuk jadi HAMBA ALLAH yang HEBAT, KHALIFAH yang KUAT SEMANGAT JIHADNYA, seperti khalifah khalifah pada zaman Rasulullah S.A.W dulu, seperti Sultan Muhammad Al-Fateh, seperti Salehuddin Al-Ayubbi. Mesti nak kan ?

Orang Islam kene sihat. Nak beribadah dengan sempurna kene sihat. Kalau tak sihat, nak sujud pun tak dapat. Nikmat sujud tu, adalah nikmat yang sangat besar taw.

Jom lah buat sesuatu untuk ALLAH, baru kita akan rasa semangat. Fiqa nak share smua ni dengan korang pun sebab rasa nak sumbangkan ILMU yang fiqa dapat ni, supaya korang dapat amalkan ilmu ni, in syaa Allah ni lah pahala yang akan berterusan sampai kat fiqa kalau fiqa dah mati nanti.

In syaa Allah, ameen.

Entry DETOKS akan disambung dengan lebih mendalam

Sila FOLLOW untuk mendapat UPDATE TERKINI dengan segera

0105734036

Whatsapp | Message | Telegram

Update >>> Selepas ini : SINI