Bantulah Aku, Bimbinglah Aku, Tunjukkan Aku Jalan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Semangat saya tengah lemah, ye lemah sangat sekarang. Saya nak bangkit. Saya nak kuatkan semangat. Tapi sebelum tu, izinkan saya berkongsi sdikit cerita ye. Saya nak luahkan perasaan. *Tak tahu lah ada yang baca ke tak* haha

Minggu ni dan minggu depan, jadual saya pack. Sebab test penuh. Ada project kene hantar. Ada discussion kene buat.

Sebab test, nak kene study. Sebab project, nak kene pi discussion. Maknanya ada macam-macam kene buat.

Saya rasa macam agak stress. Saya rasa macam, sempat ke nak buat semua ni ? ALLAH. Series, downnnn. Arghhh. Stressss.

Saya nak berbisnes. Nak fokus dalam bisnes. Rindu nak buat sharing kat fb. Tapi, saya ni, masih belum pakar lagi. Sebelum nak buat sharing, saya kene study lagi. Semua tu take time. Saya rasa macam TAK ADA MASA LAH !

=====

Tapi takde dengar live facebook dari mami. Mami just cakap secara umum, tapi saya terasa lah, HAHA !

Mau tak terasa, pehhh, setempek kene kat batang hidung. Sangat deep.

Mami kata, kita ni asyik cakap "saya buzy, saya buzy." Hasilnya, itu lah yang Allah bagi. Kita betul-betul jadi buzy :'(

*ini salah saya, saya selalu cakap macam ni. Ya Allah, ampunkan aku*

Mami cakap lagi, orang yang berjaya ni, memang orang yang bizi. Ye, saya akui. Yang success, kak fae, kak erin, tu smua orang yang hebat. Jawatan tinggi-tinggi. Buzy. Gaji besar. Tapi ? BERJAYA.

Aku yang cuma student ni, konon buzy, konon takde masa, padahal ? ALLAH :'(

======

Macam-macam lagi mami cakap tadi. Tapi ni je yang mampu saya share.

Ni yang memang saya paling sentap sekali.

Kita ni masa semua sama, 24 JAM. Jadi kita kene curi masa sikit. Ada keje banyak mana pun, cuba curi masa walaupun 5 / 10 minit. In syaa Allah berjaya.

1) Saya dah tak nak cakap "aku bizi. aku stress. aku takde masa." Saya nak jadi lebih positif. Allah akan bagi ikut apa yang kita doa. Setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap, tu semua doa taw.

2) Saya nak CURI MASA. Tengok orang-orang yang berjaya, semuanya curi masa. Kalau tunggu masa, masa bila nak sampai. haha. Sebab tu orang hebat, sibuk, macam kak fae dan kak erin boleh berjaya. Yea, sangat inspire !!!

=====

Ya ALLAH, Kau bantulah aku. Kau Bimbinglah aku. Tunjukkan aku jalan Ya ALLAH.

Jangan biarkan aku kawal diri aku.
Jangan biarkan aku kawal masa aku.

Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat aku Ya ALLAH.

Amiin amiin, Ya Rabbal 'Alamin.

p/s : Kawan-kawan, mohon doakan saya ye. Berjaya dapat 4 flat pada sem ini. Berjaya jadi supervisor shaklee pada bulan November 2016 dalam perniagaan shaklee saya :) Amiin