Hanis Kena Gigit Anjing :'(

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak cerita tentang kawan saya yang kene gigit anjing. Hmm.

Petang tadi saya pergi cafe, sebab nak pergi ambik tiket bas. Tengah jalan nak balik bilik tu, terserempak dengan hanis kat cafe. Hanis ni anak kawan ayah saya. Kiranya ayah dia dengan ayah saya kawan, sama-sama cikgu.

Saje je la sembang, saya tanya hanis pasal tiket bas dia. Tengah-tengah dok sembang, hanis cerita yang dia kene gigit anjing. Allah, kesian sangat rasa :'(

Waktu tu hanis tengah tunggu bas, dia nak naik bas pergi kelas. Waktu tu lah anjing tu dok gigit dia. Dia tunjuk seluar dia ada lubang kesan gigi anjing tu. Pastu dia tarik seluar dia, tunjuk betis dia, nampak kesan gigitan anjing tu. Kesiannyaaaaa :'(

Dia kata berdarah. Yang saya respect sangat, lepas kene gigit tu, dia boleh lagi pergi kelas sebab ada kuiz. Lepas lambat sikit tu, baru dia pergi klinik. Masya-Allah, hanis hanis.

Hanis ni baik dan bagus orangnya. Saya pernah nampak dia kat masjid. Saya pernah nampak dia kerja part time kat gerai nasi lemak sini. Beruntung parents dia dapat anak macam ni.

Yang baca ni, saya minta tolong doakan hanis ye. Doakan kaki dia cepat sembuh dan tak jadi apa-apa kat dia, in syaa Allah, amiin.

Okay lah, esok ada dua kerja nak kene hantar. Malam esok pulak ada Hand On Test (HOT). So, nak siapkan homework dan study untuk test.

Doakan saya jugak ye. Smoga dipermudahkan segala urusan test, kuiz, assigment, kerja dan semuanya lah, serta urusan business saya :')

Dah lama rasa tak aktif business. Allah, rinduuuu. Doakan saya ye kawan-kawan.

Ok, bubye, assalamualaikum :)