HOT web scripting yang agak mencabar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hari ni saya nak cerita tentang hot web scripting tadi, huhu.

Tadi pukul 8-10 ada hot. Hot ni memang lah open book.

Tapi masya-Allah, 'senang' ya amat, haha. Memang soalan yang keluar tu, tak pernah nampak dan buat lah. Nak cari kat w3schools pun, tak jumpa-jumpa apa yang perlu dibuat tu.

Harap dapat lah markah yang terbaik dan selayaknya.

Habis hot tadi, pergi lah beli burger. Aku ni, nak hilang stress, memang makan je kejenya.

Dijadikan cerita, waktu nak ambik burger tu, abang tu cakap, "Cek lah cheese ada ke tak dalam tu." Aku order burger benjo cheese. Aku tengok abang burger dgn kawan-kawan dia tu gelak kemain.

Aku malas nak layan, ambik burger, terus naik bilik.

Sampai kat bilik, bukak baju, cek burger "ALLAH. Mana cheese aku wehhhh, hahaha."

Cerita kat roomate, gelak roomate aku, hahahaha. Kelako giler. Apa lagi, sarung jaket fakulti balik (aku hot tadi, pakai jaket fakulti je), pi turun ambik cheese.

Pehh, sanggup. Ye lahh, duit woi, haha. Sia-sia aku bayar tak ambik hak aku. Lagipun aku giler cheese. Tak nikmat weh takde cheese. hihi

Ok lah, aku nak tido ni. Ohh nak smbung sikit. Nak solat tadi, air takde. PEHH. Tak tahu nak marah ke, apa. Hmmmm. Mudahan esok ada air balik, amiin.

Weh, aku nak 4 flat weh sem ni, waaaa. Ya Allah, izinkan lah aku 4 flat sem ni, amiin.

Selamat malam, semua. Bubye. Assalamualaikum.