Moment Paling Best Saya Sebagai Seorang Remaja dan Pengedar Shaklee

Hari ni berapa haribulan ?
19 November 2016.

Ehh, kita dah semakin dekat dengan penghujung tahun lah 😄

Macam-macam yang kita dah alami sepanjang tahun ni kan.

Sepanjang tahun ni, ada macam-macam kisah suka duka yang berlaku dalam hidup saya . hihihi.
Sebagai seorang perantau.
Sebagai seorang pelajar yang berjauhan dengan keluarga.
Benda paling best adalah kalau dapat balik rumah 😂😂

Hanya mereka yang jauh dengan keluarga je yang akan faham.
Rindu masakan mak.
Rindu bebelan mak.
Rindu teguran ayah.
Rindu muka masam adik kalau marah.
Rindu senyuman gelak tawa seluruh ahli keluarga. 
😢😢😢😢

Tapi sebagai seorang perantau, kita kena terima hakikat. 
"Angah, teruskan berjihad." - kata-kata adik saya.
Ini lah yang menyebabkan saya masih kuat untuk berjauhan dengan keluarga.

Kita bukan berjauhan tanpa ada manfaat.
Kita menggalas amanah.
Amanah ibu bapa kita.
Amanah negara.
Berbaktilah pada agama dan masyarakat. Kalau bukan kita, sape lagi.

Benda yang paling paling saya tak boleh lupa untuk tahun ni adalah pada 28 Oktober.
Waktu tu saya, kakak saya, adik-adik saya, kami tengah cuti.

Apalagi, berjimba lah kami, hahahaha.
Nampak macam simple kan, "Elehh, berjimba je pun, apa yang best sangat."

Yang best kat sini bukan sebab "berjimba", tapi yang best kat sini sebab kami keluar ramai-ramai.
Walaupun umur kami berbeza, ada yang 21 tahun, 20 tahun, 18 tahun, 16 tahun, 15 tahun, 14 tahun, 11 tahun, tapi kami serasi.
Kami sekepala.
Kami berseronok giler-giler.


waktu ni kami je tengah main, yang lain tengah dok tepi tuggu 'turn' hihi

Kami kenal sejak baby (sebab jiran dari kecik)
Jadi memang kami ngam giler giler lah walaupun umur memang beza yang teramat. hihihi.
.
.
.
.
.
.
Haa, saja nak nyelit sikit lah hihihi. 
Sebagai seorang businesswoman yang berjaya (amiin), ada lagi satu moment yang saya tak dapat lupa.
Saya tak dapat lupa waktu saya consult sorang customer ni.
Dia ada masalah sebelum ni, setiap minggu, cuma sekali dua je dia buang air besar.
Dia pernah beli shaklee dengan orang lain, tapi cara yang orang tu sarankan tak sama dengan yang saya sarankan.
Jadi, hasil yang dia dapat waktu beli daripada orang lain tu tak memuaskan.
Dan sekarang, dia memang berpuas hati dengan cara makan yang saya sarankan kat dia. Alhamdulillah.

Benda ni cerita lama, bulan ogos hari tu.
Sekarang dah bulan november, tapi dia tetap pilih saya untuk beli dan guide dia cara makan.
Alhamdulillah. 
Sangat bersyukur sebab customer kita seronok dan dapat manfaat daripada kita 😃😃
.
.
.
.
Hmm, ada lagi ni cerita saya untuk apa yang berlaku tahun ni 😂😂
Tapi kalau cerita, memang tak habis lah. hihihi.

Saya bersyukur pada Allah untuk setiap apa yang saya dapat.
Saya dapat nikmat Islam.
Saya dapat keluarga yang bahagia.
Saya dapat kawan-kawan yang sangat membantu.
Saya dapat sambung pelajaran.
Saya dapat peluang untuk berbisnes.
Saya dapat customer.
Saya dapat ............................


Banyak sangat yang saya dapat.
Tak tahu nak cakap macam mana.
Terima kasih banyak Allah 😏

Okay lah, saya pergi dulu. Jumpa lagi di entry yang akan datang 💚

Terima kasih semua.
Assalamualaikum 😎

Cara Beli Shaklee Online