Berjauhan Dengan Upline Bukan Penghalang Kejayaan dalam Bisnes Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Apa khabar ye ? 😎 Saya Alhamdulillah, sihat dan gembira aje 😃 Saya tiba-tiba rasa nak cerita tentang seorang insan hebat yang banyak bantu saya dalam usaha menjadi pengedar Shaklee yang berjaya dunia akhirat 😍


upline shaklee


Rasanya semuanya dah tahu yang upline Shaklee saya ialah Master Salwa aka Mami.
Sebab saya dah selalu cerita macam mana hati saya nak jugak mami jadi upline saya. Padahal, abah saya suruh saya jadi downline bawah sepupu saya. hihi.
Kalau korang yang tengah baca ni tak pernah tahu pasal semua ni takpe.
Sekarang korang dah tahu kan 😂

Saya ni duduknya kat perak.
Dan saya ni boleh dikatakan seorang perantau, haha. Almaklumlah, saya kan student. hihi.

Saya pernah belajar kat perak. 
Kemudian kelantan.
Dan sekarang pahang.

Mami saya ni dia duduk kat Kl. Ehh, macam mana saya nak jumpa mami ?
Saya bukannya dah besar mana pun nak gi Kl sesuka hati.
Saya tak rasa ayah saya akan lepaskan pergi, huhu.

Memang saya tak target pun akan jumpa mami. Tapi takde masalah lah tak jumpa pun.
Tak bermakna saya tak dapat jumpa mami, saya tak kan berjaya kan 😎
Apa yang penting, nak berjaya, kena ikut cakap mami.

Ilmu mami ni banyak sangat. Kadang tak tahu pun kenapa kena buat ini, buat itu.
Tapi pegang kata-kata mami, "Tak faham tak apa, buat je dulu."
Ye mami, saya ikut dan buat 😎
Memang kadang tu saya tak tahu kenapa kita kena buat itu ini, tapi biasalah tu.
Ilmu mami tu beliau dapat dengan melabur berpuluh ribu.
Saya nie ........ hihihi.

Jadi saya memang bersyukur sangat-sangat lah. Ilmu saya tak seberapa.
Dan saya masih tak mampu lagi nak melabur banyak untuk tuntut ilmu.
Tapi ?
Berkat mami, asbab Allah takdirkan saya dengan mami, saya dapat ilmu yang berharga berpuluh ribu 💚

Setiap kali saya masih tak dapat apa yang saya nak, saya masih belum dapat apa yang saya target, syaitan hasut saya yang Allah tak nak tolong saya.
Saya tak layak dapat semua ni.

Tapi, saya terfikir. Kalau Allah tak tolong saya, kalau Allah tak sayang saya, kenapa Allah satukan saya dengan mami ?
Kenapa Allah takdirkan saya untuk jadi downline mami ?
Sedangkan, kalau ikut kisah saya sebelum saya jadi ahli shaklee dan sebelum saya jumpa mami, saya kenal sepupu saya yang merupakan seorang pengedar shaklee jugak.
Saya ada kawan mak saya yang pengedar shaklee jugak.
Tapi saya tak terbukak hati pun nak jadi ahli bawah depe.
Allah bukak hati saya untuk pilih mami.

Kenapa ?

Sebab Allah sayang saya 😌
Allah sayang hamba-hambaNya.

Cuma kita ni je, sebagai hamba, kita tunjuk tak sayang kita pada Allah ? 😌

Allah dah banyak tunjuk jalan pada saya.
Allah bukak pintu hati saya.
Jadi seterusnya, saya kena bergerak.
Untuk buktikan saya memang nak.
Baru Allah akan tunaikan hajat dan target saya 💪

Tapi saya dengan mami jauh. Macam mana nak dengar setiap ilmu yang mami sampaikan ?
huhu.
Rileks, zaman dah maju. 

Webinar kan adoooo 😂😂

Tu yang best tu. 
Walaupun jauh, takde halangan untuk saya berjaya.

Mami selalu buat webinar.
Selalu buat live.
Selalu bagi tips2 'rahsia' bisnes. 😍

Yang penting ? Ikut je. 
Ikut setiap apa yang mami suruh. 
Kalau korang daftar ahli bawah saya, dan korang berminat nak buat bisnes, korang akan dimasukkan dalam group telegram kami.

Kat situ, setiap apa yang mami suruh buat, korang buat je walaupun rasa pelik.
Sebab ilmu yang mami peroleh tu, bukan ilmu yang biasa.
Sebab tu kita yang masih belum dapat labur berpuluh ribu untuk ilmu ni akan rasa pelik.

Tapi takpe, teruskan je ikut apa yang mami suruh.
Satu hari nanti, kita pasti akan cakap macam ni.
"Terima kasih Ya Allah kerana Kau buka pintu hati aku untuk ikut setiap apa yang mami ajar. Redhailah mami aku Ya Allah."

Kenapa kita pasti akan cakap macam ayat kat atas tu ?
Jawapannya, sebab kita pasti akan berjaya, setelah ikut setiap apa yang mami ajar 💓

Oh ye, lupa nak selit. Sebenarnya saya pernah jumpa mami.
Tapi sekali je. Waktu tu mami pergi pineng.
Jadi nak balik ke KL tu, mami singgah ipoh.
Kat situ kami jumpa jap. Mami cantik sangat 😍

Saya tak kan lupakan perjumpaan pertama kami. Dan saya harap itu bukan perjumpaan terakhir kita ye mami.
Saya harap sangat dapat jumpa mami yang cantik lagi 😍😍

p/s : Anda berminat untuk jadi ahli shaklee di bawah group Superstar Shaklee ? Hubungi saya sekarang.