Bisnes Shaklee Saya dan Bonus Shaklee Saya 6 Bulan Dari Sekarang


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Dengan shaklee, banyak impian yang saya perlu capai dan akan dapat capai. Ehh, korang tahu tak, join bisnes shaklee ni agak mencabar. Sebab dia mencabar lah, dia banyak bantu saya untuk KELUAR DARI ZON SELESA. Saya ni boleh kata agak ‘manja’ sebenarnya, dan bukan mudah untuk saya keluar dari zon selesa. Setelah kenal shaklee, saya sentiasa nak buat yang terbaik dalam bisnes ni. Sebabnya, saya ada target dan harapan tau. Doakan target saya dalam bisnes shaklee dan bonus shaklee saya 6 bulan dari sekarang tercapai ye. Amiin.

Saya senior supervisor shaklee 6 bulan dari sekarang


=====
Heyy, nak tahu tak. Sebenarnya, nak bagi komitmen bukanlah satu perkara yang mudah. Tapi kalau anda berada di tempat saya, saya yakin, anda pasti boleh buat ;)

Untuk diri saya, saya perlu berubah. Saya perlu melakukan anjakan paradigma agar dapat capai impian yang saya nak *caiyok pika*

Sebagai seorang student, pergi sana sini hujung minggu memang kegemaran saya. Lepak kat cafe dengan mmbe lama-lama, memang feveret saya. Duduk kat meja tengok anime lama-lama, adalah hobi saya.

Dan sekarang, smua ni saya kene elakkan. Buat IMPIAN BESAR saya :)

=====

Ayah dan mak saya kerja cikgu. Stiap kali takde duit, depe hulur. Duit ada pun, depe masih hulur. Sebab tu saya selalu pegi sana sini buang duit, makan steamboat sampai bayar rm60 untuk sekali makan. Pehhh.

Apa yang kau nak kisah ? Duit ada. Duit habis, mintak lah parents. *betapa jahilnya saya dulu*

=====

Tapi tak tahu macam mana, Allah tunjuk satu-satu. 

Kakak saya masuk uitm, ada masalah dengan ptptn dia masa semester pertama. Ayah saya kene hulur setiap bulan. Tu belum kira duit tambang bas dia nak pergi balik perak-terengganu. 

Dalam masa yang sama, adik saya masuk utm, pun ada masalah. Rupanya banyak yuran yang dia kena bayar.

Satu hari tu, ayah saya minta tolong scan resit yuran adik saya dan terus email ke pihak utm.

Resit tu saya tengok, terbuntang luas. Dua ribu lebih ? hmm. Tiba-tiba, adik saya call, ada kene tambah lagi. Seribu lebih. Saya pun scan je la resit-resit tu dengan hati rasa sebak sedih kesian itu ini lah.

Saya terbayang, saya ada adik lagi yg skrg form 5. Dan ada lagi sorang adik skrg tengah darjah 5. Macam mana ayah saya tanggung smua ni. 

Dijadikan cerita, satu hari tu, adik laki saya kulit tangan dia kene kudis. Ayah saya bawak gi klinik, dan kena bayar rm200 lebih untuk sekali tu je.

Dan pelbagai lagi, kisah yang tak dapat saya cerita yang mana, saya sedar, saya kena buat sesuatu.


Kat situ, segala-galanya terbuka. PINTU HATI TERBUKA.

=====

Kat situ, saya mula series berbisnes. Bukan mudah.

Nak tinggalkan dunia 'keseronokan' saya yang mana saya dah hidup bertahun-tahun dalam dunia tu, Nak tinggalkan 'zon selesa', bukan mudah.

Cuma terbayang, kalau parents saya boleh tinggalkan dunia keseronokan depe untuk kami adik-beradik, kenapa saya tak boleh :')


INI SEMUA PETUNJUK ALLAH. Dan dari sini, saya BINA IMPIAN saya .
=====

Pada bulan NOVEMBER 2016, saya, NUR AFIQAH, akan adalah seorang SUPERVISOR SHAKLEE dan akan dapat BONUS RM2000. Amiin.

Inilah target saya bulan ni. Kawan-kawan, tolong bantu doakan saya ye :’)

6 bulan akan datang, pada MEI 2017 saya, NUR AFIQAH, adalah seorang SENIOR SUPERVISOR SHAKLEE yang EFFEKTIF. Amiin.

“ Aip, mami boleh jadi master dalam masa 6 bulan, tak kan kau nak jadi senior supervisor pun tak boleh.”

YE, AKU PASTI BOLEH. SAYA PASTI BOLEH. NUR AFIQAH PASTI BOLEH.

“Kau akan berjaya, dan pasti berjaya, dengan syarat, ikut setiap apa yang mami ajar.” – Cakap pada diri sendiri.

Dalam masa 6 bulan dari sekarang, saya adalah seorang leader yang disayangi dan diredhai Allah, serta saya akan melahirkan 5 orang leader yang juga akan disayangi dan diredhai Allah. Amiin amiin.

Saya yakin, tiap bulan, saya akan dapat 2 orang dan ke atas anak shaklee yang berdaftar. Jadi, 6 bulan akan datang, saya akan ada 12 orang anak shaklee. 5 orang leader, serta 7 orang anak shaklee yang makan sendiri ;)

Dan yang pastinya juga, saya akan dapat join trip dengan shaklee tau. Ehh, lebih utama, ummi abah saya.

Saya akan pastikan, dalam masa 6 bulan ni, ummi abah dapat tiket untuk pergi umrah dengan shaklee. Ya Allah, aku betul-betul nak hantar ummi abah pergi umrah dengan shaklee Ya Allah. Izinkan aku. Permudahkan lah. Berkatilah aku :’)

Amiin amiin ya rabbal ‘alamin.

Kalau saya dapat hantar ummi abah pergi umrah dengan shaklee, itu adalah kegembiraan yang paling saya tak dapat ungkapkan dengan kata-kata :’)


Pergi Umrah bersama Shaklee

Dan lagi satu yang saya harapkan adalah, saya nak tanggung pembelajaran adik-beradik saya.

Saya tak nak ayah saya tanggung pelajaran depe lagi. Biarlah saya tanggung.

Depe tak cukup duit, biarlah saya yang bagi duit. 

Ye, saya akan pastikan semua ni tercapai :')

=====

Ada sape-sape tak yang rasa saya tak kan dapat semua ni ? huhu.

Kalau ada sape-sape rasa macam tu, saya tak nak dengar. kihkih.

Percayalah cakap saya, semua ni saya AKAN DAPAT. Ye, saya AKAN DAPAT sebab saya dah buat sesuatu untuk CAPAI SEMUA TARGET NI !!

Saya yakin saya akan dapat capai semua ni, sebab saya ikut setiap apa yang diajar oleh mami saya.

Saya join project tsunami shaklee dan supervisor shaklee. Opss , bukan sekadar join je tau. Tapi saya bagi komitmen yang tinggi, dan lebih bonus lagi, stiap task ni, saya buat ikut cara yang my mami ajar saya. 

Jangan main-main. Hihi.

Bukan je laksanakan task dalam project ni ikut apa yang mami ajar, malahan saya ikut stiap apa yang mami ajar berkaitan aktiviti spiritual, aktiviti mental, dan aktiviti wajib.

Setiap webinar yang mami buat, ye, saya akan follow. Dan akan praktikkan setiap apa yang dia ajar.

Dan tak lupa juga, saya selalu rujuk dan cari maklumat sebanyak mungkin, sebab saya nak bantu ramai customer saya. Ehh, saya kan akan jadi senior supervisor 6 bulan akan datang, maksudnya, saya akan ada ramaaaaiiiii sangat customer :D

Uolss nak tahu tak aktiviti apa yang saya wajib buat ikut apa yang mami ajar ? hihi.

Ehh, nak tahu boleh. Dengan syarat, meh daftar ahli shaklee dengan saya.

Sebabnya, ilmu ni mahal tau. Mami dapat kena bayar, kene pegi kelas. Tak kan saya nak bagi free-free macam tu pulak.

Lain lah kalau uolss anak cucu mami. Saya akan guide uolss macam mana mami guide saya dari zero ke hero.

Saya ni dulu bukan setakat zero, tapi negative terus tau. Haha. Tapi sikit demi sikit, saya meningkat. Saya improve. Smuanya ditujukan khas terima kasih banyak-banyak kat mami. 

Kalau uolss nak kenal mami saya, haa, nah tengok blog mami saya kat sini. www.superibu.com 

Okay lah, saya mohon doa semua orang ye. Kalau saya ada buat salah, boleh hubungi saya. Saya nak mohon maaf sangat-sangat ikhlas dari hati saya.

Sayang semua orang :* bubye uolsss.


Bismillah *teruskan langkah menuju ke arah IMPIAN*

Assalamualaikum :D