Buku Bisnes dan Motivasi Untuk Berjaya dalam Bisnes

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Hai hai, hari ni saya nak share sesuatu dengan uolss. Saya ada baca satu buku ni, dan saya rasa, buku ni adalah buku yang wajib dibaca oleh semua orang, terutama sekali sekiranya anda adalah seorang usahawan dan anda nak berjaya dalam perniagaan anda. Diperkenalkan, buku bisnes dan motivasi untuk berjaya dalam bisnes, ' MAJALAH GEN-Q EDISI 61 '- Buat gaya ala-ala nak umumkan nama juara, hahaha.

Buku Bisnes dan Motivasi Untuk Berjaya dalam Bisnes

Haa, inilah yang saya cakap tu. Pernah dengar majalah gen-q ?

Majalah ni roomate saya kat universiti yang kenalkan. Sebelum ni saya baca edisi lain. Tapi edisi tu dah habis, dan saya dah pulangkan kat dia, tak sempat nak ambik gambar. hihi.

Ni majalah seterusnya yang saya pinjam dari dia. "THE NEXT MILLIONAIRE IS YOU !"

Ehh, tapi bukan usahawan je yang boleh baca buku ni tau.

Memanglah buku ni ada sebut pasal usahawan apa semua. Tapi, bukan semua yang millionaire tu usahawan aje. Betul ke betul ?

Saya sangat-sangat sarankan semua orang baca buku ni tau.

=====
Antara benda yang saya dapat belajar daripada buku tu adalah :

KENAPA KAYA ITU PENTING ?

Sebenarnya, kaya tu penting supaya, kita sebagai umat Islam tak kan mudah kene pandang hina dan diperkotak-katikkan sebab mengemis dan minta-minta dari orang lain.

Lagi satu, supaya kita dapat bagi sumbangan kat agama kita.  Ingat ye, dengan kewangan yang stabil, baru kita akan mampu salurkan dana kepada pembangunan dakwah Islam seperti yang dah dilakukan oleh Khadijah, Abu Bakar dan para sahabat yang lain. Dan juga, supaya kita dapat bantu golongan yang memerlukan :)

=====
KAYA ITU MULIA

"Benar, kaya itu mulia sekalipun bukan kaya harta. Justeru, kaya tidak terhad pada harta semata, tetapi juga kaya jiwa, kaya kesihatan, kaya perhubungan, kaya pengalaman, kaya ilmu, kaya ekonomi, kaya legasi, dan kaya spiritual." - Majalah Gen-Q

Ingat ye, islam tak alergi pada jutawan. Bahkan ada seorang millionaire yang dah pun dijamin masuk syurga oleh Allah. Beliau ialah, Abdul Rahman bin Auf :)

Kenapa Abdul Rahman bin Auf adalah millionaire yang dijamin masuk syurga ?

Sebab beliau :

1. berniaga ikut sunnah
2. tawaduk

Saad bin Abdul Rahman telah berkata, "Abdul Rahman bin Auf tidak dapat dibezakan dengan hamba-hambanya."

Ye, dia dengan hamba dia sama je, langsung takde beza sebab beliau berpenampilan biasa. Tak pakai pakaian yang mewah. Tak guna kenderaan yang mewah. Hebat kan ?

=====
Ada satu topik yang paling saya suka dalam buku ni.

ROAD TO BE A MILLIONAIRE. 

Dalam topik ni dia cerita 6 tip tabiat kewangan bagi seorang jutawan.

Dan tips ni, WAJIB diamalkan oleh semua orang, termasuklah anda yang tengah baca dan saya yang tengah menaip. hihi.

Ehh, saya baca tips ni terus semangat nak menabung tau. Dan duit tabungan saya lebih terurus dan makin hari makin meningkat.

Yang paling best, dulu, saya selalu terpakai duit bisnes. Tapi sekarang dah tak pakai dah. Saya dah pandai urusakan tau. hihi. 

Seronok sangat rasa dapat kawal kewangan ni. Alhamdulillah.

=====
Antara topik yang anda WAJIB baca untuk tambah motivasi dan berjaya dalam bisnes :

* 8 Syarikat Gergasi Dunia yang Memulakan Perniagaan dari Garaj Rumah
          - Cerita ni sangat-sangat bagi kita inspirasi.

* Kisah Si Penggali Harta Karun
          - Harta tak kan ada kalau tak usaha tau.

* 7 Filem Inspirasi Bisnes
          - Haaa, ini wajib tengok. haha. Dah dapat inspirasi dari buku, dapat jugak inspirasi dari movie. Memang superb. Saya tulis semua tajuk dia bagi sebab nak tengok. huhu.

* Kaya Musnah Tanpa Qanaah
          - Ramai yang ada harta, tapi tak menikmati hartanya.

* Orang Kaya yang Miskin
          - Ni adalah kisah sebenar yang berlaku kat dunia kita ni. Memang menginsafkan. Sangat-sangat menginsafkan. Kekayaan bukanlah semata-mata berkaitan dengan kejayaan 'membuat' duit.

* Kaya Itu Mulia
          - Tidak 'kaya' di mata manusia, tetapi 'kaya' di sisi-Nya.

* Kita Kaya untuk Kita Memberi
          - Setiap remaja Muslim seharusnya berusaha untuk kumpul kekayaan menerusi keupayaan yang mereka miliki. Dengan syarat, jangan letak kekayaan tu kat hati.

* Angan-angan Jadi Jutawan
          - Islam tak larang umatnya untuk kumpul kekayaan, malah menggalakkan lagi umatnya untuk mencari rezeki di muka bumi Allah ini.

* 7 Anugerah Sujud
          - Bacalah, dan anda akan rasa sujud adalah anugerah yang mesti disyukuri dan dilazimi.

* Cerita Stres
          - Ni memang wajib sangat baca ni. hihi.

* Model Usahawan Islam
          - Rasulullah S.A.W telah berdoa untuk Urwah bin al-Jaad al-Bariqi sebagai tanda baginda reda terhadap urus niaga beliau.

* Komponen Berjaya Dunia Akhirat
          - Litar bersiri atau selari ? Nak guna yang mana ?

* Adakah Aku Sahabat Syurga ?
          - In syaa Allah akan bantu anda untuk lebih semangat jadi SAHABAT SYURGA.

* Muflis Akhirat
          - "Orang yang sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya." (Riwayat al-Tirmizi  dan Abu Dawud)

* Dan banyak lagi yang anda akan belajar

=====
Nah, saya nak kongsi satu doa yang ada dalam buku ni.

Doa Agar Dapat Melihat Peluang Perniagaan dan Murah Rezeki.

Doa Agar Dapat Melihat Peluang Perniagaan dan Murah Rezeki

Tak sia-sia anda ambik dan baca buku ni. Sangat bermanfaat dan terlebih bermanfaat. Buku Gen-Q, isu 61 ;)

Oh ye, kalau nak order ke, nak tengok edisi apa lagi yang ada ke, boleh rujuk sini, Majalah Gen-Q.

Okay, jumpa lagi semua millionaire yang kaya dunia akhirat !

Assalamuaikum ;)
.
.
.
Nak Keistimewaan Dengan Shaklee ? Klik Daftar Ahli Shaklee