Cara Detox Sebenar Dengan Program Detox Shaklee

Assalamualaikum semua. Cuba perhatikan, kalau ada orang sekeliling kita yang ada penyakit, masalah kesihatan, tu macam perkara biasa kan. Ye, perkara biasa sebab dah ramai sangat yang sakit macam tu. Tapi hakikatnya, kenapa boleh jadi mcam tu ? Cuba cek, mungkin punca semua ni adalah toksin yang berlambak dalam tubuh badan kita. Sape tahu kan ? Jadi sekarang, saya nak cerita tentang cara detoks yang sebenar dan selamat, dengan program detoks shaklee.

Cara Detox yang Sebenar dan Selamat


=====

Betul ke cara kita detox selama ni ? 

Cuba bayangkan, kita ada sebuah rumah. Kalau rumah kotor, kita nak bersihkan apa ? Ruang tamu ? Tandas ? Bilik tidur ? Ke, nak bersihkan seluruh rumah ? *angkat kening sebelah. hihi*

Detoks yang betul, dia tak melibatkan usus je tau. Dia melibatkan SELURUH TUBUH BADAN kita. 

Sebab tu kalau selama ni kita rasa minum teh detox, pakai patch detoks, dah cukup untuk detoks tubuh kita, sebenarnya itu tanggapan salah yang kita pegang. Orang yang anggap detox ni cuma untuk usus je, dia umpama orang yang bersihkan ruang tamu dia je, padahal bilik air, bilik tidur, dapur, semua penuh dengan sampah dan berulat *eerrrr*

=====

Pengertian detox yang sebenar.

Removing toxic substance (toxins) from body which is mainly carried out by the liver, an internal purification / cleansing process to clear the big mess that bodies have collected through years "

Inilah pengertian sebenar detox.

Nampak tak, dia tak sebut pun pasal usus, sebab detox bukan semata-mata ada kat usus.

Bahan-bahan toksik majoritinya ada kat liver kita. 

Sepanjang hidup kita ni, kita dah kumpul banyak bahan-bahan kotor yang kita sebenarnya tak nak tu dalam badan kita. 

Sebab tu macam-macam isu kita sekarang ni. Sakit tu, sakit ni. Selalu stress. Emosi tak stabil. Jadilah macam-macam pergaduhan.

Inilah antara isunya. Banyak sangat toksin dalam badan kita.

Tapi jangan risau, detox adalah proses yang akan bantu kita untuk buang bahan-bahan kotor ni semua. In syaa Allah akan bantu anda, dengan syarat, anda menjalankan detox dengan cara yang sebenar.

=====

Perlu ke kita buat detoks ni ? Orang dulu-dulu tak perlu pun buat detoks ni.

Detoks sebenarnya adalah satu proses yang semulajadi ada pada tubuh manusia.

Semulajadi ?

Ye, semulajadi. Maksudnya, semua orang ada proses detox secara semulajadi dalam tubuh mereka. Allah dah mempersiapkan kita dengan sistem mekanisme detox yang sangat advance.

Dan, kita tak perlu pun bantuan-bantuan luar untuk badan kita buang racun ni (detox).

Sistem detox utama dalam badan manusia adalah diselenggarakan oleh hati kita (liver).

=====

Kenapa Allah jadikan sistem mekanisme detox dalam tubuh kita ?

Macam yang kita tahu, takde yang sia-sia dengan apa yang Allah jadikan. Semuanya bersebab.

Tahu tak, dalam badan kita sebenarnya ada sumber toksin. 

Antanya, bahan buangan proses metabolisme dalam badan kita.

Contohnya, nafas. Bila kita bernafas, kita sedut oksigen, dan akan keluarkan karbon dioksida.
Ingat ye, karbon dioksida adalah toksin. Kalau tak buang, badan kita akan berasid. 

Sebab tu lah, orang yang suka marah, selalu stress, selalu pendam perasaan,mudah dapat penyakit. Bayangkan keadaan pernafasan orang tengah marah. Orang yang tengah marah, akan tahan nafas waktu bercakap sebab geram.

Bila kita tak lepaskan nafas dengan betul, gas karbon dioksida yang tak keluar tu akan masuk balik dalam darah, dan darah kita akan jadi berasid.

ALERT, kanser sangat senang untuk membiak dalam keadaan berasid.

Jadi, tenangkan diri, let go benda yang buat kita stress, cari jalan penyelesaian dengan tenang :) 
.
.

Selain tu, toksin juga dihasilkan oleh kuman2, parasit2, yang ada dalam badan kita.

Bakteria dan fungi dalam badan kita pun hasilkan toksin sebab diorang pun macam kita. Bila makan, akan 'membuang'. Najis mereka tu adalah toksin kepada kita.
.
.

Sebab tu Allah jadikan proses detox dalam tubuh kita ni. Fungsinya untuk buang benda-benda ni lah. Hebat kan Allah ? AllahuAkbar :')

=====

Jadi, kenapa kita masih kena buat detox dengan bantuan-bantuan luar, padahal Allah dah jadikan HATI untuk jalankan proses detox.

Sebabnya adalah keadaan persekitaran kita, dan amalan seharian kehidupan kita.

Baby baru lahir, kita dah taruk sabun wangi kat dia, minyak angin baby yang ada paraffin oil, menthol, selacholeic acid.

Tu baru waktu kita baby.

Dah besar, kita banyak ambik makanan dan minuman manis, roti putih, beras putih, fast food. Masakan kita tu, betapa banyaknya perasa tambahan yang kita letak. Ajinamoto. MSG.

Sebab kita perlu detox


Haa, tengok gambar ni. Ni belum kira lagi tu udara kita yang tercemar sekarang, air tercemar, ikan-ikan jadi tercemar.

Nak jadi vegetarian ? Sayur sekarang ni orang guna apa nak elakkan serangga perosak ?

Pernah dengar satu kes kat taiwan ?

" Ada satu kumpulan ni buat parti vegetarian, jadi depe buat koktail. Ada satu part ni, depe buat jus belimbing ( memang pure belimbing ). Buat betul-betul fresh lah. Masuk belimbing, terus minum. Masuk belimbing, terus minum. Lepas beberapa minit, yang minum terus pengsan dan sawan, bawak ke hospital, akhirnya meninggal."

Rupa-rupanya, kat belimbing tu ada racun serangga yang mana tak boleh tanggal dengan air biasa sebab dia adalah oil-based. Dia melekat kat belimbing tu.

Disebabkan jus belimbing yang depe minum tu pure dan pekat, racun tu pun pekat dan masuk dalam tubuh mereka.

Takut sangat rasa dengar pasal cerita ni.

Alat kosmetik kita pulak macam mana ? Minyak wangi kita ? Losyen ? Shampoo ?  Ada parabens tak ? Ada phthalates ?

Orang dulu-dulu, takde isu-isu macam ni. Jadi alhamdulillah, semuanya okay aje.

Tapi kita sekarang ni, banyak sangat isunya. Liver kita akhirnya terbeban. Liver kita nak buat proses detox pun tak boleh dah. Sebab tu kita perlukan bantuan-bantuan luar untuk bantu liver kita dapat berfungsi lebih optimum.

Boleh lah kita sama-sama muhasabah. Kenapa kita kena detoks :) 

=====
Apa tanda-tanda kita perlu menjalankan detox ?

Adakah saya perlu detox

ciri-ciri badan penuh parasit
tanda-tanda badan banyak toksin
=====

Dulu akak susah nak membuang. Tapi sekarang, dah boleh membuang selalu. Muka pun rasa moist je. Dan sekarang pun, akak selalu buang angin."
- kak ros

Kak ros adalah pelanggan pertama saya untuk program detox ni. Dan hingga kini, beliau adalah customer tetap saya sebab percayakan saya setelah mendapat perubahan dalam diri beliau.

=====

Apa yang saya dapat kalau detox dengan ceqfieqa ?

+ Anda akan dapat panduan tentang cara detox yang sebenar.
+ Anda akan dapat panduan cara pemakanan yang sebenar ketika detox.
+ Anda dapat kembali sihat dan bertenaga, saya akan guide anda sampai berjaya, in syaa Allah.

=====

Berminat ?

Boleh hubungi saya, ceqfieqa, yang akan guide dan bantu anda sampai anda berjaya, dengan izin Allah.

Cara Beli Shaklee Online

Klik Untuk Dapatkan Harga Special : Daftar Ahli Shaklee