Cara Nak Mendidik Anak

Tanamkan sifat 'simpati, kasih, dan sayang' pada anak.


Ini adalah apa yang ummi abah terapkan dalam diri kami adik-beradik.


=====
Singgah masjid, ummi bagi duit, "Angah, tolong masukkan duit ni dalam tabung."


Nampak anak yatim atau orang susah menjual, abah bagi duit suruh pergi beli kat mereka.
=====


Sekarang saya dah besar, dan sifat ni dah sebati dalam diri.


Nampak kucing lapar, saya mesti nak bagi makan. Nampak orang susah jual, mesti nak beli. Semuanya dah jadi automatik.
.
.


Haritu keluar jalan dengan family, ummi bagi seringgit pada adik saya yang masih sekolah rendah. Dia suruh masukkan duit tu dalam tabung depan seorang hamba Allah yang hilang penglihatan.


Dalam hati, "Ohh, ummi nak terapkan sifat ni pada adik pula."



Nota : Tahukah anda, cara mendidik anak yang paling baik, adalah melalui perbuatan. Didik mereka dari kecil, bila besar, mereka akan menjadi seorang hamba Allah yang banyak jasanya pada Islam dan negara. In Syaa Allah <3 <3 <3