Cara Saya Meningkatkan Ilmu Saya dalam Bisnes Shaklee

Bismillah. Assalamualaikum semua :D Korang nak tahu tak, mula-mula, saya rasa macam tak nak pun buat bisnes shaklee ni. Ye laa, saya mana lah tahu sangat pasal kesihatan, nurisi apa semua ni.

Saya mula start guna shaklee waktu umur saya 18 tahun. Tapi jadi pengguna je lah. Jadi ahli tak, apatah lagi nak bisnes, hahaha. Hey, saya takde ilmu sangat tau dalam bidang kesihatan, nutrisi, bisnes. Walaupun saya bukan ahli shaklee, tapi saya still meneruskan untuk guna shaklee.

Ye laa, produk shaklee sangat terbaik. Kalau ada 10 bintang, 10 bintang saya bagi. hihik.

Waktu umur saya 19 tahun, saya dah start berbisnes. Sebab waktu tu saya dah tahu betapa susahnya parents saya cari duit. Tambah-tambah pulak kakak adik saya mula nak sambung belajar yang mana memang guna duit banyak. Masa tu, macam-macam bisnes saya buat. Pinggan-mangkuk, baju, alat kosmetik, gadget, kuih,minyak wangi, haishh macam-macam lah. Tapi customer untuk semua tu tak pernah lebih 10 orang. hihihi. Saya tak konsisten pun waktu tu. Seminggu dua, then tukar jual benda lain. huhu. 

Walaupun saya jual macam-macam benda, saya tak pernah guna/beli sekalipun barang-barang yang saya jual tu. hihi. Saya bukan minat baju, minyak wangi smua tu. Alat komestik kat luar tu ? Saya cukuplah takut untuk guna alat komestik yg pelik-pelik tu.

Dan mgkin sebab saya menjual hanya sekadar nak untung, dengan tak minatnya, tu yang jadi saya tak bertahan dalam benda yang saya jual tu.
=====

Ada satu hari ni, saya balik kampung. Tuptup, sedara saya perkenalkan saya dengan shaklee. hehek. Patut lah lawa, pengguna shaklee jugak dia tu rupanya. 

Disebabkan saya adalah peminat dan pengguna tegar shaklee, saya pun nak lah jadi ahli shaklee. Boleh dapat harga murah. hahahaha. Ayah saya sarankan saya untuk jadi ahli shaklee bawah sedara saya tu.

Tapi, ntah kenapa, hati saya tak terbukak nak jadi ahli bawah dia. Bukan saya benci atau tak suka dia. Kitorang rapat tau. Gelak ketawa sama-sama. Selalu kongsi cite macam-macam. Cuma saya rasa macam hati ni dah pilih seseorang untuk saya daftar ahli bawah dia.

Saya saja je la dok google cara nak daftar ahli. Sebab waktu tu saya nak tahu lebih lanjut tentang bayaran jadi ahli, faedah jadi ahli, dan macam-macam lah.

Lepas je google, saya jumpa sorang ni. Mami Salwa saya *mata bersinar*. Saya tak tahu kenapa, saya suka tengok dia. Hati saya jatuh kat dia. Saya baca lah entry dia pasal cara nak jadi ahli. Saya baca juga entry orang lain. Saya pilih dalam 3 4 entry jugak lah.

Tapi tak tahu kenapa, tangan saya terus balik ke entry mami Salwa , dan saya terus taip nombor fon seseorang yang bernama Salwa. Saya dapat rasa macam dia seorang yang hebat. Bukan dongeng, tapi tu lah hakikatnya. Hati saya tetap nak jadi ahli bawah dia. Tu yang laju je tangan taip nombor fon mami tu. hihi.

Mulanya saya cuma nak jadi ahli sebab nak dapatkan harga murah. Tapi waktu suami mami (saya panggil dia apak) tanya, sama ada saya nak buat bisnes atau tak, saya jawab, saya nak buat bisnes. hahaha. Wehh, padahal tak cukup ilmu lagi. Tak tahu kenapa mulut ni laju je mnjawab. hihi.

Sekarang, baru tahu banyak hikmahnya. Memang Allah dah pilih saya untuk jadi ahli bawah seorang insan yang hebat. Memang Allah dah pilih saya untuk menjalankan bisnes ni di bawah seorang insan yang sangat-sangat berilmu.

Sebab saya tak cukup ilmu, sebab saya tak ada apa-apa, saya ditakdirkan untuk berada di bawah mami. Kat situ, segala-galanya bermula. Mami guide from zero, to hero.

Saya diberi peluang untuk selalu join kelas webinar dan telegraminar bersama nutritionist. Mami selalu kongsi pasal kesihatan kat group telegram kami. Yang apa mami selalu share tu, bukan share yang cikai-cikai punya. Memang mendalam setiap apa yang mami share. Kat situ banyak yang saya belajar.

Then, kalau ada apa-apa pertanyaan soal nutrisi yang tak faham, just tanya je kat group kami. Terlalu ramai mereka yang hebat-hebat untuk menjawab setiap satu soalan yang diajukan. Kat situ, ilmu saya tentang nutrisi, kesihatan, semakin berkembang. Ditambah pula dengan buku nutrisi yang saya beli, berkembang dan beranak ilmu-ilmu tu. hihi. Tambahan pula, saya belajar biologi sebelum ni. Jadi, setiap apa yang diajar tu, saya mudah faham sebab dapat bayangkan fungsi sistem tubuh kita . Pehh, baru tahu betapa bergunanya ilmu biologi yang aku belajar selama ni. hahahaha.

Yang lagi hebatnya my mami ni, bukan soal nutrisi dan kesihatan je dia guide. Soal bisnes pun, satu-satu mami ajar. Macam mana kak erni boleh dapat sale yang teramat banyak ? Haa, tu rahsia group kami. hihi. Cara nak tackle customer pun kami di ajar satu persatu. Ehh, tapi mami bukan ajar yang basic eh. Mami pegi kelas sana sini, bayar sampai ribu-ribu. Then, mami ajar kami. Patutlah ilmu yang mami ajar tu, saya tak pernah dapat lagi kat tempat lain. Rupanya tu ilmu berharga ribu-ribu. hmm.
Ada banyak sangat lagi rahsia pasal bisnes ni. Tapi tak leh bagitahu. Kalau nak tahu, jom join ahli dengan saya. hihi..

Okay lah, sampai sini je uolsss. Jumpa lagi di entry akan datang. bubye. Assalamualaikum :)