Hobi dan Minat Saya

Assalamualaikum, hye semua. 

Pagi-pagi ni buat apa ? hihi.

Tetiba saya rasa nak gi berjalan pulak, haishh.

ehh, saya memang minat tau berjalan.

Tapi bukan minat gi mall laahhh.

Saya suka gi bukit, pantai, taman rekreasi, hihi.

=====

Waktu saya kat university, saya kene join kelab. Lepas tu terus terlintas nama satu kelab dalam otak saya.

Sebab kelab tu dia suka jalankan aktiviti-aktiviti macam daki bukit, berkayak. Hahaha.

Iolss sangat suka okayyy.

Waktu koko, sir bawak pegi daki bukit. Waaaa, itu sangat-sangat amazing.

Semangat tau saya daki. Hihi.


Mungkin sebab ikut abah kot. Abah memang suka bawak kami pegi daki bukit smua ni. Hihi.

=====

Lagi satu, waktu saya tengah cuti sem dulu, kawan-kawan kat rumah ajak jalan-jalan.

Diorang ajak pegi aeon. Errr. Saya terus bagi cadangan pegi taman rekreasi. Hihi.

Saya takut jugak ada yang rasa tak seronok. Tapi lepas pegi tu, waaahhh, smua orang heppy gilaa.

Gelak setiap saat, setiap masa :’(

Saya rasa rindu kat diorang *sebak*

=====

Ni yang rasa nak angkat kaki pegi bukit ni. Kahkah.

Tapi memang best pun kan ? Mesti korang yang tengah dok baca ni dapat rasa apa yang saya rasa.

Kita berdiri di satu tempat yang mana kita boleh nampak awan dengan sangat dekat. Waaaaa.

Pegi waktu pagi, dengan kabus tebalnya huhu.

Saya sangat sangat suka.

=====

Semua ni memang didik sifat kehambaan yang sangat tinggi dalam diri saya.

SubhanAllah. Allah Maha Besar.

Saya tengok smua tu, memang dapat rasa, hebatnya kuasa Allah.

AllahuAkbar.

Dan waktu tu, kita ada masalah macam mana pun, Ya Allah. Hilang terus semua masalah tu.

Yang ada dalam hati hanyalah ketenangan.

Mengalir jernih je ketenangan tu dalam diri kita.

Ketenangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

=====

Sape-sape yang tak pernah buat aktiviti macam ni lagi, ehh jom lah buat.

Best sangat tau.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Hihi.

Yang lagi best, korang dapat jumpa ramai orang.

Saya stiap kali gi daki bukit, macam-macam jenis orang saya tegur dan berkawan. Hihi.

Best sangat sangat.

Kalau korang rasa nak daki bukit ke, jom contact saya. Hihihi.

Okay saya gi dulu ye. Bubye semua.

Assalamualaikum ;)
.
.
.
Nak Keistimewaan Dengan Shaklee ? Klik Daftar Ahli Shaklee