Kenangan di Sekolah yang Saya Tak Dapat Lupakan

Assalamualaikum, hai hai semua :D Saya tiba-tiba je rasa rinduuuuu pasal sekolah. Hmm, bukan tiba-tiba je rasa rindu.Tapi saya memang rindu setiap masa pasal zaman sekolah dulu sebenarnya :'( Banyak sangat tau kenangan saya kat sekolah dulu yang saya tak dapat lupakan. Bukan saya acah-acah suwittt, tapi saya memang tak leh lupa lah, hahaha. Ye laa, mana ada orang suka zaman bizi 24 jam, ada project tu, project ni, program sana sini. Semua orang suka zaman yang depe boleh berseronok. Ye tak ?
Kenangan Paling Indah di Sekolah

Ehh, antara banyak-banyak zaman, zaman mana yang paling best bagi korang ? Hihi. Mostly yang saya tanya, banyak lah jawapan berbeza yang saya dapat. Tapi kalau jawapan saya, saya paling rindu zaman sekolah. Tapi walaupun paling rindu zaman sekolah, zaman matrik dan zaman universiti saya tetap juga saya rindu sebab setiap tempat tu, ada kenangan yang tersendiri :D

Untuk entry kali ni, saja je lah nak cerita sikit zaman saya sekolah dulu. Ada sapa-sapa nak baca ke ni ? hahahaha :p

Sape waktu zaman sekolah dulu, dia cuma suka main ? kahkah. Tu lah saya waktu dulu. Ehh, teruk sangat ke saya waktu dulu ? hmm.

Tapi waktu zaman sekolah dulu, memang otak saya ni pikir berseronok je. Walaupun saya dengan kawan-kawan saya ni budak kelas first, tapi satu kelas cuma pikir nak main je. huhu.

Kami ni bukan kata tak minat belajar, tapi sebab suka main. Haa, camtu lah cerita dia. Then, saya dengan kawan saya ni boleh kata ada ramai kawan lah dengan budak-budak kelas yang agak 'belakang'. Jadi waktu tiba je subjek yang kami rasa tak penting, yang kami tak minat, memang kami akan pergi tandas.

Dan isunya kat sini adalah, kami pergi tandas 5 minit je. Tapi pergi ke kelas orang lain, pegi pusing blok lain, pergi tawaf satu sekolah, haa, tu yang sampai setengah jam pergi tandas. hahaha.

Mesti ada yang terfikir, "Cikgu tak marah ke?" haa, kalau cikgu yang masuk kelas saya tu cikgu 'garang', alamatnya kami tak buat gitu lah. hihi. Sebab kebanyakan cikgu kat sekolah saya dulu tak ramai yang garang. Tu yang kami agak 'aktif' tu. Kesian kat cikgu kami.

Antara benda yang paling saya tak leh lupa adalah sesuatu yang dipanggil 'stayback'. hahaha. Ehh, saya ni budak sesi pagi. Tapi blok kelas saya tu, budak sesi petang tak guna pun. Kosong je blok kelas saya waktu petang. Jadi. walaupun waktu kelas dah habis, ramai giler budak kelas saya yang tak balik. Memang kami stayback lama-lama lah. hihi.

Kami lepak dalam kelas sampai ke petang. Macam-macam benda lah kami buat. Memang tak bosan. Kiranya lagi best gi sekolah sebab dapat stayback dengan membe daripada belajar. Okay, saya memang agak kritikal zaman sekolah dulu.

Orang gi sekolah untuk belajar, tapi kami main. Orang dah habis waktu kelas, balik rumah. Kami lepak situ sampai ke petang. Aishh. Memang agak 'serong' jugak lah zaman sekolah saya dulu. hihi.

Ada satu benda je yang paling saya benci waktu sekolah. Saya benci musim 'sukan'. Huwaaaa. Saya tak suka lah latihan rumah sukan ni. Nak kena lari, lompat pagar, lompat jauh, lompat tinggi. Fewww. Memang TAK lah saya nak buat gitu.

Nasib baik geng saya pun sekepala, hahaha. Tiap kali ada latihan sukan, mana ada kami datang. Cikgu kata nak denda apa semua. Ehh, memang lah takut kena denda. Tapi, sebab ada membe, takpe lah. Kalau kena denda, kena denda sama-sama. haha.

Walaupun tak datang latihan sukan, tapi kami datang tau waktu hari sukan. Lagi satu kami mesti datang waktu merentas desa. hahahaa. Waktu hari sukan, kami kena datang sebab ada sorang geng kami ni, dia wakil rumah hijau. Jadi memang kami kena jerit lah waktu dia lari. Supportive tak kami ? kahkah. Waktu merentas desa pulak, kami datang sebab tak yah lari. Jalan je dari awal start sampai habis, sambil sembang itu ini. Tak pernah bosan sepanjang perjalanan. Rinduuuu wehhh kt depe :'(

Saya ni, untuk sukan tersangatlah ke laut. Tapi saya lebih kepada pertandingan macam syarahan, pidato. Haa, tu saya selalu lah wakil sekolah. Tak pernah lagi jadi johan. Cuma pernahlah dapat nombor dua, nombor tiga, yang kalah pun ada. hahaha. Tapi saya okay je. Pengalaman. Saya pun join suka-suka je. Takde harap lebih sangat pun. huhu.

Adoyy, kenapa saya rasa nak nangis ye skarang ni ? kahkah. Saya rasa rindu lah kat suasana kelas saya. Setiap kali takde cikgu, budak laki akan buat bola guna kertas, then main kat belakang. Waktu depe takde, kami akan cop ruang belakang tu awal-awal. Kami yang perempuan selalu main lompat katak, pepsi cola, main bunga tertutup bunga terbukak. haha. Rindu giler rasaaa. Main sama-sama, berseronok sama-sama. Tiba-tiba terbayangkan wajah gelak tawa depe :')

Ada lagi beberapa perkara pasal zaman sekolah saya yang saya tak dapat lupa sampai bila-bila. Tapi malu untuk cite kat sape-sape. Benda ni agak 'kritikal', sampai ke tahap cikgu disipan hihi. Cuma benda pun dah lepas.

Saya sebenarnya, bukan nak kata tak menyesal dengan zaman gelap waktu saya sekolah dulu. Saya menyesal gak lah. Tapi macam sikit je. haha. Bukan tak menyesal, cuma, hmm. Saya rasa tu semua kenangan. Saya dah lalui zaman macam tu kat sekolah. Saya rasa seronok ada kenangan yang fun dengan membe saya waktu dulu. Ehh, tapi ni dah zaman universiti tak leh buat perangai macam tu. haha.

Zaman sekarang, saya dah lebih pandang ke masa depan. Waktu dulu, mana ada saya pikir masa depan pun. huhu.

Tapi saya bersyukur, walaupun zaman sekolah dulu saya dengan geng saya agak 'serong', tapi alhamdulillah masa depan kami agak bercahaya. Kalau korang nak tahu, membe saya yang selalu ponteng kelas dengan saya waktu sekolah dulu, sekarang ni setiap sem dekan tau kat kolej dia. Ramai membe saya yang dapat setiap sem dekan. Saya beryukur sangat.

Saya takde lah nak kata dekan, tapi alhamdulillah membanggakan parents saya. Selama saya belajar ni, cuma ada sekali je, satu subjek ni dapat C. Yang lain alhamdulillah, result saya pernah dapat cuma A dan B je.

Takde lah hebat mana pun. Cumanya saya bersykur, sebab saya diberi peluang untuk baiki masa depan saya. hihi.

Kepada mereka yang dah lepas zaman sekolah, senyumlah terkenangkan zaman sekolah anda. Biarlah apa pun kenangan zaman sekolah anda, anggaplah tu sebagai kenangan untuk matangkan diri kita. Walaupun zaman sekolah saya agak ke laut, tapi saya seronok. Sebab saya ada 'kenangan' tu. haha. Tapi saya tak kan ulang dah lah apa yang saya buat zaman sekolah dulu. Tak bagus untuk masa depan. hihi.
Kenangan di Sekolah
Haa, ni memang rasanya semua orang selalu buat. hihi. Saya siap, depe tiru. Depe siap, saya tiru. Biasa lah tu. Tapi kat universiti, takde dah tiru-tiru ni. Memang saya tekad nak berjaya kat universiti ni :D

Ehh, apa kenangan zaman sekolah uolss ? Jom share kat komen. hihi. Bubye semua, jumpa lagi. Assalamualaikum ;)
Rindu Zaman Sekolah