Pengalaman Saya Sepanjang Musim Tengkujuh

Along saya kat terengganu cerita kat group family, hujan tak berhenti. Baju tak kering hihi.

Takpe long, hujan tu kan rahmat.

Ni tahun pertama along saya keluar dari perak dan duduk kat terengganu. So, dia agak 'terkejut' kot.

Saya ingat lagi, tahun 2014 saya ada kat kelantan, dan waktu tu kebetulan banjir teruk berlaku. Memang agak mengejut lah pengalaman saya waktu tu.

Bukan apa, selama ni menetap kat perak, tak pernah berpengalaman menghadapi banjir. Jadi agak mengejut bagi saya. hihi.
.
.

Cuma tempat saya kat perak tu, hujan pun turun tak henti musim-musim tengkujuh ni.

Memang kene sidai baju awal-awal pagi, kot boleh kering petang tu. Kalau lembab, sidai dalam rumah, hahaha.

Lagi satu yang utama, tiap kali nak keluar, walaupun nak keluar kejap je, kain tu memang kena tarik bawah bumbung lah. Musim tengkujuh ni, hujan datang tak duga.

Cuma kat perak, saya duduk kawasan tanah tinggi. Tu tak pernah berpengalaman dengan banjir.

Rasa rindu pun ada terkenangkan saat-saat angkut air bersih dengan membe kat kelantan dulu , haha. Apa lah agak cite depe tu. Memang susah senang bersama la kami dulu. Rindu rasa.

Tahun ni hadapi musim tengkujuh kat pahang pulak. Memang sidai baju bawah bumbung je lah. Takde nya nak sidai luar kawasan berbumbung . hihi.

Cara Beli Shaklee Online