Penguat Semangat yang Membantu Aku dalam Perniagaan

Masih ingat lagi tak dalam entry bisnes shaklee saya dan bonus shaklee saya 6 bulan dari sekarang yang sebelum ni, saya ada bagitahu bukan mudah untuk saya 'keluar dari zon selesa'. Tapi antara sebab-sebab tertentu, saya kena teruskan perjalanan saya, teruskan keluar dari zon selesa. Tak nafi. ada masa saya tersungkur, ada masa saya jatuh, tapi kerana hadirnya 'penguat semangat' dalam hidup saya, saya sentiasa bangkit apabila jatuh.

Kata-kata Semangat
Ramai sangat penguat semangat saya. Saya tak tipu, memang ramai.

Dan saya dah bertekad, saya nak bawak depe-depe ni pegi melancong sana-sini lepas dah berjaya :)

Antara penguat semangat saya, tak lain tak bukan, adalah mak ayah saya. Opsss, boleh bayangkan tak, depe lah banyak support saya beli barang dari saya. Lagi satu, saya ingat lagi, waktu saya tak cukup duit nak bayar untuk renew ahli, mak saya yang bagi pinjam tau. huhu. Saya rasa kesian sangat, ye la, awal-awal tu, mana ada saya berduit sangat. hmm

Lagi satu, adik-beradik saya lah penguat semangat saya. Saya tak kan lupa waktu adik saya bagi saya pinjam duit dia semata-mata supaya saya dapat join satu program bisnes ni :'(
Saya sebenarnya tak mengharap sangat pun. Kalau takde duit, saya tak kan join lah program tu. Tapi tak tahu kenapa dia nak sangat bagi duit dia tu. I feel like *huwaaa* rasa nak nangis. "Akak akan buat betul-betul dalam bisnes ni, dan akan bayar duit pipah, dan akak jugak akan tanggung pengajian pipah lepas ni." This is my promise for myself, in syaa Allah. :')

Tak lupa 'geng' saya yang sekepala dengan saya. Rubi hazirah. Saya tak pernah dapat kikis bayangan depe dari ingatan saya. Bukan je bagi semangat kat bisnes saya. Tapi jugak bagi semangat dalam pelajaran saya. Selalu terngiang-ngiang kata-kata depe. Memang jantung saya berdegup kuat sebab saya umpama pegang harapan yang besar waktu dengar kata-kata mereka. Depe lah insan yang saya sayang sangat-sangat macam mana saya sayangkan keluarga saya. Sebab depe sntiasa buat saya tenang dan semangat *walaupun kami selalu bertekak* hihi. Bertekak kejap, then berbaik. Yang penting, takde cakap belakang-belakang ye ;)

Yang tak dapat dilupakan bakti dan jasa beliau, my mentor, my mami, mami Salwa. huhu. Ni lah insan yang memang banyak sangat jasa beliau dalam bisnes saya. Saya tak tipu, jadi anak beliau dalam bisnes adalah pilihan yang tak pernah salah. Mami guide saya dari ZERO kepada HERO wehh. Tak rasa nak nangis ke. Memang dia guide sungguh-sungguh. Dulu awal-awal bisnes, saya ye tak ye je. Tapi mami tak pernah pulaukan saya macam tu. Tiap kali dia follow up saya semua tu, tiap kali tu saya terus kuat, Dan tak nafi, mami memang penguat saya dalam bisnes ni. Saya tak nak hancurkan harapan mami kat saya.

mutiara kata kejayaan


Yang penting dan utama, penguat kita yang sebenar adalah apabila kita berpegang teguh pada janji Allah dan percaya pada Dia. Tampallah ayat-ayat yang membuatkan kau ingat pada Allah. Zikir, selawat. Percayalah pada Allah. Apabila kau yakin dan percaya pada Dia, kau akan dapat apa yang kau nak. In syaa Allah.

quotes for success
Jangan lupa, masa depan anda bergantung pada anda. Betapa ramai mereka yang berjaya tak dapat sokongan orang sekeliling, tapi tetap berjaya. Kenapa ? Sebab mereka memang nak berubah ! Nakkan perubahan ? UBAH SEKARANG !!!
Kata-kata motivasi
Okay, jumpa lagi ye nanti di entry akan datang. bye semua. Assalamualaikum ;)