Target Saya Dengan Income Bisnes Shaklee Untuk 20 Tahun Lagi

Tahun ni umur saya 20 tahun. Lagi 20 tahun (in syaa Allah jika masih hidup), umur saya adalah 40 tahun. Opss, tuanya saya. hahaha. Waktu umur saya 40 tahun, saya yakin saya dah Master Coordinator Shaklee (in syaa Allah) dan bonus shaklee saya minimum sebulan adalah 7 angka (dengan izin Allah). Jadi saya terbayang, waktu umur saya 40 tahun nanti, apa lah yang saya nak buat dengan duit banyak-banyak tu ye ? hihi.




1. Surirumah Berjaya

Surirumah berjaya ? Are you serious ?
Yeeeee. Saya series. Kalau orang tanya apa cita-cita saya, ni lah jawapannya.
Saya nak jadi 'surirumah berjaya'. Kenapa nak jadi surirumah berjaya ?
.
.
Sebab saya tak nak susahkan 'bakal' suami saya. Arghh, gatai naa.
hahahaha.
Bukan gatai tau, tapi ni namanya perancangan. 
Perancangan untuk masa depan. hihi.
.
.
Saya memang nak jadi surirumah. Saya nak duduk kat rumah, jaga keluarga saya.
Suami balik kerja, saya ada kat rumah.
Anak-anak sakit, nak sekolah, nak belajara, saya ada kat sisi mereka.
Itu cita-cita besar saya.

Tapi kalau suami saya kerja biasa-biasa je, saya pun takde income tambahan, alamatnya saya kena lah bekerja. Ye dak ?
Sebab tu saya kena ada income tambahan sebelum saya kahwin.
Supaya nanti apa pun kerja suami saya di masa kelak, saya boleh bantu suami dengan income tambahan yang saya ada.
Tak payah saya pergi kerja awal pagi, balik lewat petang . 
Mak oiii, penat wehh. hihi.

2. Membantu Umat Islam dan Jadi Pembayar Zakat Terbesar di Malaysia

Sedih kan tengok orang seagama kita baju koyak sana sini.
Anak kecik kena berniaga nak bantu keluarga.
Ada yang dah nak runtuh dinding dengan bumbung.
Allah, kesian kesian.

Ada satu hari ni.
Saya jalan-jalan nampak pak cik tua, pak cik tu tak larat nak berjalan, sakit lutut, dok niaga sana sini.
Saya faham pak cik tu terpaksa buat semua ni. Sebabnya nak tanggung kehidupan dia.
Sedih sangat rasanyaaaa.

In syaa Allah saya nak bantu insan-insan ni.
Sape takde rumah, in syaa Allah saya nak bantu sediakan rumah.
Saya nak bantu bagi baju.
Saya nak bantu bagi keperluan asas.
Saya nak bantu.
Saya nak bantu.
Saya nak bantu.
In syaa Allah saya AKAN bantu :')