Tips Elak Demam Setelah Kena Hujan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua, hai. hihi. Boleh tak hari ni saya nak share tips sikit. Sebab saya yakin, ni mesti semua orang pernah alami kan ? Sape tak pernah kena hujan. Semua orang pernah. Jadi, dalam entry ni, saya nak share tips untuk elak dari demam dan sakit kepala setelah kena hujan.

Tips Elak Demam Akibat Hujan

Tips ni berdasarkan pengalaman diri saya yang sebenar.

Jadi saje nak share, in syaa Allah serba sedikit membantu anda.

Saya ni, boleh kata selalu sangat kena hujan lah. Al-maklumlah, dari fakulti ke kelas, jauh. Awal pagi, cuaca baik. Tapi, tengah hari, alhamdulillah hujan turun (hujan ni rahmat tau)

Cumanya, dah cuaca sebelum tu baik, kita pun tak terfikir nak bawak payung kan. huhu.

=====

Ada satu hari ni, saya daripada kampung nak balik ke universiti saya. Lepas sampai U, hujan waktu tu memang agak lebat gak lah.

Tempat bas tu hentikan pelajar dengan jarak nak ke asrama tu agak jauh tau. Dah lah takde laluan berbumbung. Hmm.

Saya dah berdebar gak sebenarnya. Tapi saya tenang, saya rileks.

Saya buat keputusan nak redah je hujan tu, nak terus naik asrama. Lagipun, mana tahu kalau tunggu hujan berhenti, makin lebat pulak dibuatnya,
.
.

Akhirnya, saya pun dengan beg laptopnya kat badan, dengan beg baju kat tangan, saya redah jugak lah. hihi. Beg dah lah agak berat. Walaupun dah smpai kawasan asrama, nak tuju blok saya jauh tau. Blok saya adalah blok kedua sebelum hujung sekali. Lepas tu nak naik tingkat 3 pulak. Huwaaa. Sampai bilik, memang kepala saya berpusing.

Masuk bilik tu, seluruh badan panas. Kepala saya rasa macam ada benda berat dalam ni. Dengan berpusing nya. Saya tarik nafas, tenang.

Benda pertama saya buat, saya capai tuala, baju, pegi mandi. Selalunya, kalau dh sampai bilik, benda pertama saya buat terus bgtahu kat parents saya tau. Tapi kali ni tak bgthu terus. hihi.

Memang tips saya, kalau kena hujan :
1. Capai tuala, pergi bilik air.
2. Nak mandi tu, basahkan kaki dulu, then betis, kemudia peha, badan, dan seterusnya baru basuh kepala.
3. Waktu basuh kepala, tepuk-tepuk sikit kepala tu. (saya tak tahu kenapa kene buat ni, tapi tips ni nenek kawan saya ajar, sejak form 2 saya amalkan sampai lah sekarang. hihi. Waktu tepuk kepala ni, saya bayangkan hujan yang kena kepala saya tu keluar. hahaha.)
4. Tidur dengan penuh ketenangan dan kedamaian. hihi. (selalunya saya akan letak tuala basah kat dahi saya waktu ni)

Petua Hilangkan Demam

Bangun tidur, alhamdulillah memang tak demam, takde rasa pening, tak sakit kepala. Syukur kepada Allah.

Alhamdulillah, setiap kali saya buat tips ni, susah nak demam dan sakit kepala lepas kena hujan. Tapi kalau tak buat tips ni, sepanjang hari saya tak boleh buat apa-apa sebab sakit kepala yang teramat sangat.

Tips ni memang saya amalkan dari dulu sampai sekarang. Dengan izin Allah, memang menjadi kat saya. Cuba lah anda amalkan. In syaa Allah ada manfaatnya.

Ok lah, sampai sini je. Jumpa lagi di entry akan datang. Semoga bermanfaat ye.

Bye, assalamualaikum ;)