Aktiviti Dengan Alam Semulajadi Best | Pengedar Shaklee Ipoh

Minggu ni, minggu last kelas.
Minggu depan study week, then final.

Sejak 2 3 minggu ni, mula lah project, test, assigment, presentation dok kejar sana sini 😄😄
Tu yang ada sampai tak tido malam, stay kat lab siapkan kerja dari awal pagi sampai nak maghrib 😂😂

Waktu tido, haa, mula lah termimpi-mimpi benda yang kita suka buat, hahaha.
Nak rileks sangat tu sampai termimpi 😁

Saya suka dengan aktiviti yang berhubung dengan alam semulajadi.
Flying fox, berenang, daki bukit, mandi air terjun, berkayak, tengok binatang kat hutan tu, wawaahhhhh, bestnya 😍😍

Aktiviti yang berhubung dengan alam semulajadi ni akan buat saya rasa tenang, rileks.
Walaupun benda tu agak mencabar, udara sekitar yang segar tu akan buat semua cabaran tu rasa seronok dan santai.

Alamak, terbayang-bayang pulak keseronokan tu.
Ni rasa nak pegi hutan sekarang jugak ni 😵

p/s : Ya Allah, izinkan nur afiqah berjaya menjawab soalan final beliau dengan mudah, semua betul dan tepat pada 27, 28 dan 29hb ni, amiin ya rabbal 'alamin 😁