Kenangan Waktu Kecil Ketika Hujan

Alhamdulillah, cantik cuaca hari ni.

Sebelum-sebelum ni boleh kata tiap masa hujan turun, sedap tido, hihi

Dah besar-besar ni, tiap kali hujan je, mesti cakap, "Sedap tido ni."
.
.
Padahal waktu kecik dulu, tiap kali hujan, melompat seronok, "Seronoknya hujaaannnn, nak main hujaaaaannn."

Mula la aktiviti lompat kat tengah hujan dengan kakak adik jiran-jiran, main aci kejar, lawan sampan kat lopak air tu, hihi, rindunya lahai.

Tak leh lupa waktu lawan sampan, tapi sampanku tetiba lembik dan senget masuk dalam air, hahahaha 😂😂

Puncanya sebab tak lipat kertas tu elok-elok, kihkih.