Target 2017 Yang Saya Mesti Capai 1 Tahun Dari Hari Ini

Assalamualaikum, hai semua 😄😄 Lama dah rasa tak share panjang-panjang dalam blog saya. Al-maklumlah, agak bizi, final nak dekat. hihi. Doakan saya ye semua 😎 Oh ye, kali ni saya nak share tentang target saya boleh ? Saya nak share target 2017 yang saya mesti capai dalam masa 1 tahun bermula dari hari ini.

Target Saya Pada Tahun 2017 


Nur Afiqah Seorang Senior Supervisor Shaklee

Nur Afiqah senior supervisor Shaklee pada tahun 2017.
Nur Afiqah senior supervisor Shaklee pada tahun 2017.
Nur Afiqah senior supervisor Shaklee pada tahun 2017.

Amiin amiin ya rabbal 'alamin.

Maksudnya, saya kena rancang dari sekarang.
Saya kena start plan segalanya dari sekarang.
Saya kena jalankan rancangan saya bermula SAAT INI.

Kita ni, nak rancang, plan, memang mudah.
Tapi nak jalankan rancangan tu haa.

Selalunya mula-mula je semangat.
Lama-lama nanti, haa, mula lahh.

Sebab tu lah, kalau nak buat apa-apa, kena tulis benda tu besar-besar kat tempat yang kita selalu pandang ( contohnya, cermin )
RCA wajib hari-hari.
Wajib doa, minta sungguh-sungguh bermula hari ini.
Berusaha start dari hari ini, gandakan usaha.
Tawakal pada Allah.
In syaa Allah saya pasti dapat capai apa yang saya target, biiznillah.

+ Nur Afiqah Berjaya Hentikan Pinjaman PTPTN Dengan Bonus Shaklee

Haaaaaaaaaaaa.
Ni memang impian besar ni. hihi.
Macam mana impian besar ni boleh tercapai ?

Impian besar ni akan tercapai apabila impian utama saya tercapai ( impian nak jadi senior supervisor shaklee ) 😁😁

Senior supervisor shaklee ni rank kedua rendah dalam Shaklee.
Tapi walaupun rank kedua rendah, bonus dia masyukk weh.
Tambah-tambah lagi bonus dia untuk saya yang cuma student ni 😂😂

Kalau supervisor, dapat rm2000 pun dah masyuk, apatah lagi senior supervisor.
Kan kan.

Lagipun kalau ambik ptptn pun, duit saya masih tak cukup.
Banyak tau duit nak pakai kat universiti ni ( saya takde beli henfon, baju, alat mekap, atau apa-apa yang tak bermanfaat ye dengan duit ptptn )

Saya cuma beli yang sepatutnya saya beli.
Tapi masih tak cukup.
Lagipun, saya dapat pinjaman sikit je, sebab ayah saya cikgu.

Walaupun ayah cikgu, tapi saya tak sampai hati nak minta duit ayah selalu.
Ramai lagi adik saya dia kena tanggung :')

Dengan ptptn, satu sem (4 bulan) saya dapat lebih kurang RM1200 je.
Tapi dengan bonus supervisor shaklee, 1 bulan ( 1 bulan ye ), saya dapat RM2000.
Kalau senior supervisor ? Berapa dapat dalam masa 1 bulan ? haaa.

Bonus shaklee saya untuk sebulan melebihi duit yang saya dapat untuk satu sem.
Alhamdulillah.
Saya kena gandakan usaha, bismillah.

+ Nur Afiqah Berjaya Tanggung Pelajaran Kakak dan Adik-Adik Beliau Dengan Bonus Shaklee

Target 2017 Saya Dengan Bonus Shaklee


Impian yang jauh di sudut hati saya agar jadi kenyataan.

Antara ramai-ramai adik-beradik saya, adik saya yang kat UTM tu paling banyak kos nak pakai.
Satu sem, berapa ribu ye dia tu, hmm.

Saya tak ingat lah satu sem dia kena bayar berapa.
Tapi berganda-ganda lah dari yuran saya.

Hari tu saya tepon ummi, ummi cakap abah pergi bank tengah nak bayar duit yuran dia.
Sedih saya dengar.
Saya tahu banyak lagi benda ayah saya nak guna dengan duit yang dia ada.

Tapi dia kena berkorban untuk yuran adik saya.
Nanti duit saya habis, dia kena bank in untuk saya.
Adik saya yang masih sekolah ( 2 orang ) lagi lah perlukan dia 100%.
Kakak saya, kalau duit habis, pasti ayah saya hulur jugak.
Ummi nak beli barang dapur semua, abah pun mesti hulur jugak.

Duit kereta ?
Rumah ?
Bil ?

😢😢😢

Cukup-cukup lah abah tanggung.
Biar saya tanggung pulak lepas ni.

Abah tunggu ye.
In syaa Allah tahun 2017, abah tak payah pikir pasal duit.
Abah dapat gaji, abah guna untuk dating dengan ummi je.

Urusan lain, biar angah settlekan okay.
In syaa Allah, amiin amiin.

+ Nur Afiqah Berjaya Hantar Ummi Abah Beliau Pergi Umrah Dengan Trip Shaklee

Pergi Umrah Dengan Trip Shaklee

Opsss, saya ada mention situ kan.
PERGI UMRAH dengan TRIP SHAKLEE.

hihi.

Ehh, pergi umrah dengan trip Shaklee, sangat exclusive.
Sangat sangat exclusive.

Sebab ummi abah saya exclusive.

Abah selalu tido lambat, pukul 12 baru boleh tido sebab siapkan kerja.
Tapi bangun pukul 5 pagi sebab nak pergi sekolah dia ( sekolah dia jauh ).
Kalau ada meeting, benda penting, pukul 4 pagi dah bangun.

Tak pernah langsung cerita pasal susah dia.
Pergi sekolah awal pagi, balik lewat petang.
Kami kat rumah merungut nak burger, dia suruh bersiap dan ajak keluar makan lepas maghrib.

Tak pernah langsung dengar dia cerita yang dia penat sebab tido lambat, tapi bangun awal pagi.
Sekali pun tak pernah.

Sebab tu saya nak bagi something special kat ummi abah.

Trip umrah dengan shaklee special tau.
Hotel betul-betul depan masjid, tak lenguh nak jalan.
Kelengkapan umrah dan luggage pun pihak Shaklee sediakan.
Luggage paling besar pulak tu yang Shaklee bagi.
Dan baaaaaaanyaaaaakk lagi.

Disebabkan umrah ni saya nak hantar ummi abah saya, jadi saya nak depe pergi dengan Shaklee.
Ummi abah saya special, istimewa.
Jadi hadiah umrah saya untuk depe pun saya nak bagi yang special.
In syaa Allah, amiin.
.
.
.
.
.
Okay lah, sebenarnya banyak lagi ni target yang saya nak capai untuk tahun 2017.
Tapi disebabkan saya rasa macam dah taip panjang ( ye ke, hihi )
Takde lah, saya rasa ini je dulu saya share buat sementara waktu okay 😘

Saya nak settlekan kerja lain pulak ni.
Oh ye, jangan lupa follow saya ye.

Banyak lagi ni cerita yang saya nak share dengan uolss semua, hihihi.
.
.
Korang jaga diri baik-baik okay.
Doakan urusan saya untuk final berjalan dengan lancar ye.
In syaa Allah jumpa lagi di entry akan datang. bubye semua 😄

Cara Daftar Ahli Shaklee




Post yang paling popular :


| Senarai Harga Produk Shaklee | Pengedar Shaklee Terbaik

| Cara Daftar Ahli Shaklee | Cara Beli Shaklee Online |